Header Ads

Seluar jean mesra alam

hanifidrus
Kebanyakan seluar jean berwarna biru. Tetapi pada masa depan, ia mungkin hijau. Seorang ahli kimia dan seorang pereka fesyen menghasilkan seluar denim mesra alam yang dapat menghapuskan bahan buangan bahaya dalam udara.

Seluar berkenaan disalut dengan partikel titanium dioksida yang boleh bertindak terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen oksida, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang. Produk sampingan yang tidak berbahaya dan nitrat larut air itu boleh terhapus apabila seluar itu dicuci.

Sama seperti pengubah bermangkin yang membantu mengurangkan pencemaran ketika kenderaan dipandu, seluar berkenaan boleh membantu menghijaukan planet. Kira-kira 1.3 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun dikaitkan dengan kualiti udara yang buruk.

Semua jenis kain boleh digunakan sebagai Pakaian Bermangkin tetapi jean dianggap sebagai medium terbaik bagi proses itu kerana ia menjadi pakaian ramai penduduk dunia. Mereka yang bertanggungjawab menghasilkan produk itu ialah ahli kimia Universiti Sheffield, Tony Ryan dan Profesor Helen Storey dari Kolej Fesyen London.

Hasil rekaan Helen pernah dipakai oleh bintang ternama, termasuk Madonna dan Cher. Dia berminat menceburi bidang sains sejak 2004 menerusi adiknya, pakar biologi dan mula memberi tumpuan terhadap sains hijau apabila berkenalan dengan Tony.

Proses Pakaian Bermangkin sudahpun dikemukakan kepada syarikat sabun, Ecover untuk menghasilkan bahan tambahan pencuci yang diberi nama CatClo. Bahan itu terkandung dalam serbuk pencuci perapi fabrik.

Ujian keselamatan dilakukan terhadap produk berkenaan tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia menjejaskan kulit manusia atau bekalan air. Ia mungkin mula dijual dalam masa dua tahun lagi. Helen berkata, jean menjadi bahan ideal pakaian untuk ciptaan mereka kerana terdapat lebih banyak jean di planet berbanding manusia

2 comments

shahdiana said...

hahah..macam -macam saintis ni...semua benda nak direkanya...good luck la..tapi kan mesti jeans tu mahal kot...

Remy hazza said...

menarik..... tapi mesti mahal kan.....