Perjudi Nyawa Selamatkan Bayi

hanifidrus
Seorang remaja lelaki memperjudikan nyawanya meredah api semata-mata mahu menyelamatkan seorang budak yang terperangkap dalam rumah terbakar, lapor media semalam.
Sejurus sebelum itu, Nelson Fonangwan, 16, lena tidur tetapi terjaga apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong di kawasan kediaman mereka di Southampton, Hampshire.
Menurut Fonangwan, dia mendapati asap tebal keluar dari sebuah rumah tidak jauh dari situ.
Pada masa sama, ibu kepada dua anak, Aneta Jedlikoswka, 32, menumbuk pintu dapurnya untuk membolehkan dia menggapai tangan anaknya yang baru berusia dua tahun, Adam.
Melihat keadaan itu, Fonangwan bergegas ke rumah berkenaan, manakala ibunya menghubungi talian kecemasan 999.
Kata Fonangwan, Aneta memecahkan kaca tingkap rumah itu bagi membolehkan Adam diselamatkan.

9 comments

wahhh baiknya dye..kan best kalau smua rakyat kat malaysia mcmni.. ;)

satu tindakan yang mulia..hehehe

Regards,
-Strider-

manusia ni berhati mulia tak kira apa kaum or warna kulit.

Syukur Allah berikan kekuatan kepadanya utk menyelamatkan baby tu

bole buat menantu jiran sebelah nih...hihihi

memang beranilah budak nie....respeklah....

makasih Nelson Fonangwan.....GGMU...