Header Ads

Siapa Selayaknya Dipanggil Blogger Newbies


hanifidrus
Salam Satu Blogger. Hari ini nak mengupas tentang istilah blogger newbies atau blogger baru .
Bagaimana kita klasifikasikan blogger baru ini, adakah usia blogger dibawah satu tahun dianggap baru? Atau blogger yang mempunyai follower kurang dari 500 orang dianggap baru?

Bagaimana kita anggap ia sebagai blogger baru. Satu persoalan yang menarik. Ramai blogger yang kerap bertandang ke blogger Hanif Idrus ini mengatakan saya adalah blogger baru. Bila saya pergi jenguk blog mereka, issskkk..walaupun baru sekangkang usia tapi saya boleh kategorikan ia blogger yang baik!!!
Tapi ada juga blogger yang telah setahun lebih malah 2 tahun berblogging masih lagi saya lihat belum cukup ummphhh!!! blognya. Adakah anda hendak panggil ia blogger newbies?

Bagi saya istilah seorang blogger newbies ialah:
a) Jumlah entri
Seorang blogger cabaran utamanya ialah entri/artikel. Walau anda mengaku anda ialah blogger otai pun anda mahu tak mahu terpaksa membuat entri. Itu adalah peraturan pertama dalam berblogging . Sekarang saya bertanya pada rakan blogger, adakah anda updated blog anda setiap hari, 2 hari sekali , seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika 2 bulan sekali...hehehhehee...sendiri mahu paham ler...
Logiknya dengan updated entri setiap hari maka blog /entri akan diindex oleh Pak Google dan lama-kelamaan berpotensi mendapat pagerank. Selain itu dengan updated entri setiap hari akan mempengaruhi Alexa Rank anda.

b)Blogwalking
Jumlah komen bermaksud saya ialah blogwalking ke blog lain. Ini juga peraturan asas dalam dunia blogging. Berapa blogkah anda blogwalking setiap hari? 2 blog sehari atau 20 blog sehari. Lagi banyak anda blogwalking lagi ramai akan komen di blog anda.
Logiknya dengan jumlah komen yang semakin tinggi disebabkan blogwalking yang baik secara tak langsung akan menaikkan traffic anda.

Jika anda amalkan keduanya dengan baik saya boleh kategorikan anda blogger yang baik. Dan bukannya newbies.
Newbies adalah blogger yang tidak memahami peraturan asas dalam dunia blogging iaitu entri dan blogwalking.

Seorang blogger akan sentiasa akan mengalami transformasi dalam berblogging.
Saya maksudkan TRANSFORMASI bukannya newbies....
Dibawah ini adalah tarnsformasi seorang blogger:

Transformasi Pertama:
a) Mencari Follower
b) Join segmen sana sini
c) Buat widget-widget yang bukan-bukan --lagu, kalender dll.
d) Kurang pemahaman SEO
e) Shoutbox wajib ada
f) Blogwalking sana sini
g) Membuat entri setiap hari
h) Komen sehari 10 ke bawah
i) Duit tak penting tapi hobi...hehehhee
j)Traffic sehari 100 unik.

Transformasi Kedua:
a) Buang shout box
b) Dah tak peduli dengan follower widget tapi berharap ia bertambah..hehehehe
c) Komen sehari 30 ke atas
d) Sudah mula memahami SEO dan hendak mendapat pagerank /Alexa yang baik
e) Sudah mula menjadi mata duitan --Nuffnang ler kebiasaannya ( Kebiasaannya)
f) Traffic sehari 300 unik.
g) Blogwalking sana sini
h) Membuat entri setiap hari
i) Hanya letak widget yang penting sahaja
j) Menganjurkan segmen
k) Ada blogshop

Transformasi Ketiga:
a) Pagerank semakin baik dalam PR2 - 3
b) Kurang blogwalking sebab dah ada pembaca tetap.
c) Masih lagi mata duitan..hehehhee
d) Alexa pun makin baik bawah 500, 000
e) Traffic sehari 600 unik
f) Entri anda pun sudah mula berbau serius..
g) Membuat entri setiap hari
h) Ada blogshop...hehehehe

Transformasi Keempat:
a) Pagerank 3 - 4
b) Sudah buat E-Book
c) Sudah menjadi GURU dalam dunia blogging
d) Sudah ada group blog sendiri
e) Alexa bawah 100, 000
f) Membuat entri setiap hari
g) Ada blogshop.
h) Kurang blogwalking sebab dah ada pembaca tetap.

Kita sering mengatakan blogger newbies ini suka meletak widget yang bukan-bukan. Sebenarnya mereka pun tak mahu letak tetapi disebab ingin memenuhkan ruang side bar mereka yang kosong . Lama-kelamaan mereka akan alami apa yang saya alami iaitu tak cukup ruang...hehehhehe.

Akhirnya anda akan membuang widget-widget yang bukan-bukan ini dan letakkan widget  yang benar-benar berguna. Ini kita namakan transformasi seorang blogger dan jika anda melihat diri  anda, adakah sedang menuju ke arah transformasi itu, maka sedang mengubah pembaikan diri anda dalam dunia blogging ini secara serius.

Diatas ini hanyalah sebagai bentuk transformasi seorang blogger yang sentiasa akan improve dirinya. Anda berada dimana atau adakah anda masih lagi newbies walaupun setelah 2 tahun berblogging?
Adakah anda seorang blogger  yang sedang mengalami transformasi ini atau anda masih lagi newbies yang malas membuat entri dan blogwalking.


41 comments

Jue Jaynee said...

wa kalu tahap jue..masih confius juga.. jue xrasa newbie tapi da lepas newbie..hiihikkk

shaiful zaidi said...

Salam....
INFO YG SGT BAIK DRP HANIF.TQ.

Asmar Arafad said...

Thanks for the info

Anisa Anuar said...

tak tahu la kalau2 saya kategori ni

hainom OKje said...

Semuanya bukan.... he,..he.... rasanya OKje dalam kategori Blogger Syok sendiri..... ha...ha... buat entri dan komen sendiri kot.....

normi nieza said...

alamak saya newbies lah rupanya..haha

tirahzairi said...

urmmmm teringin jgk nk transform....tp masa xizinkan nak bw, nak update tiap2 hari..cedey taw :(

baby comel said...

Xtau la abg hanif.. Terasa masih baru je. Sbb terlalu byk yg perlu dibelajar. Msh memerlukan byk cikgu utk terus hidup dlm dunia blogging ni. Tp cm transformasi yg abg hanif ckp tu mmg setuju sgt la.. Takkan kita nk kat takuk lama je. Perubahan itu perlu. Tp mcm saya mybe slow2 la abg hanif. Lgpn sy bukan full time, bkn jgk part time blogger ni. Bila ada masa terluang baru mampu menulis..
~sory membebel byk plk

Syamil Ramli said...

bro dh transformers mane dh??

لين Si Pipi Merah said...

mantop!

Sabar said...

oo..baru tahu..tq a.hanif

miz ruha said...

waktu mula2 buat blog dulu pun letak macam2 widget mengarut..
konon nak cantikkan blog..
tapi lama2 nampak serabut dan buang..

sangat tertarik baca pasal transformasi tu... :)

dhinai adnan said...

Entahla.....niat mula mula berblogging ni hanya untuk sekadar berkongsi ilmu yang ada dengan para para blogger yang berminat nak ambil tahu je....yang lain tu saya tak berapa ambik kisah sangat....mungkin disitu kesilapan saya.

izzati_bloging said...

1 klasifikasi kah antara otai dan newbie?? bbagi saya blogger yg biasa2 je nih .. x kisah lah sama ada pagerank tu naik ke turun yg penting adalah kepuasan berblog... tak guna ada follower tinggi menggunung kalo reader sornag 2 je... ini pendapat saya lah ... entri dan blogwalking mmg cra terbaik...tp saya suka jd silent readers...hehehehe achaner tu?? :)

Wana Owen said...

maksudnya saya ni pun dah lepas tahap newbies la.hehehe...

Mummy Akmar said...

Salam Hanif..

Dah lama tak singgah sini. A ah bila baca ni rasa tergelak sendiri. Bila difikirkan transformasi tu memang bebenor kata-kata hanif tu.

Dulu Mummy pon pada tahap transformasi pertama kini dah jadi tahap transformasi ke 2. Ntah bila nak naik ke tiga tu yer.

Hehehehe...suka baca posting yang ini! Hahaha masih tergelak.

Okaylah Take Care Hanif!

ayut said...

hahaha..sy sedang mengalami tranformasi...hohoho ;)

Remy hazza said...

remy bloggers suam suam kuku..... he3... tapi bro hanif the best!!!! boleh dikatakan otai dlm alam maya nie..... remy respect habis....

Ritz said...

saya blogger baru...salah silap tolong tunjukan yer

Sue PeLik said...

terbaikkkkkkkkkkkkkk! memang sangat memberi informasi! :)

Nor Salmi said...

Ilmu akak dalam dunia blogging ni terlalu dangkal.. Entry Hanif ni sekurang-kurangnya dpt membantu akak mengetahui di mana kedudukan diri.. Masih belajar & terus belajar

wantie said...

hehehe... kategori saya masih newbies. tak de la smapai N3 banyak sehari tapi view pun tak de la sampai 100 sehari. merangkak le nak dapat.

CikNana said...

kalau saya x tahu pula tahap apa..hehe

♥ Nana BamBam ♥ said...

nice info hanif :)

MarliaMarble said...

oh,macam tu rupanya...

Hanif Idrus said...

hahahahha.....
Sebenarnya entri ini untuk memberi semangat pada diri kita hala tuju dalam berblogging . Bila ada hala tuju sure kita ada semangat...kikiki.
Mungkin ada yang betul atau salah dalam entri ini..

:: Mrs.Eady :: said...

sukaaaa entry ni!!!!

Intan Norhaida said...

separa newbie kot..heheh

Kesuma Angsana said...

gd info KA Ni newbies ler gamaknyer ye

Major Raidenovich said...

Tang shoutbox n blogwalking tu,hmmm..haha!bagi sayalah,rank PR google/rank Alexa tu menunjukkan keotaian blog.
*Orang takut-takut nak komen kat blog saya kot,heee!

Kathy Rbain said...

betul la...kathy sokong entri ni tau?

Cikgu Ma said...

saya tak tau buat transformasi yg mana..tp cbox dah 2 tahun x pakai...komen bertambah (kecuali saya terbreak update entry)

hmm...redah je la..haha

MRie RNie said...

As Salam, to me ar kan. Tak der sapa pon layak dipanggil newbie ni. pada saya semua sama jer. Yang penting ada niat untuk belajar kalau nak survive dalam dunia blogging. Kalau malas nak belajar means takkan ada improvement betui dak?

dalam dunia blogging ni. BELAJAR itu wajib untuk meningkatkan kemahiran berblogging. sebab bukan sonang eh nak survive dalam dunia blogging ni. macam blog 1st aku dulu pon hancur gara2 tersilap langkah. last2 buat blog baru dan dengan blog baru ni macam2 ilmu baru aku belajar. antaranya

- memahami struktur coding template.

- memahami struktur coding widget.

- SEO.

- Networking.

- Design Blog.

dan macam2 lagilah.

Razif said...

Info menarik ni bro hanif ... Tq

Hanif Idrus said...

Saya berpendapat saya lu bro..Mrie RNie bahawa semua orang adalah standard!!!

teratai said...

Sendiri tahu tahap mana!

TiranaAduka said...

sesuai untk saya yg new bie.hahaha.
Thanks sharing bro hanif.

iTU AKHiL said...

terasa entri ni dekat je..hehe
sbb ah merasa satu dua transformasi.
tp byk lg hal2 teknikal psal blog yg xckup mahir

Syaz Blackrose said...

hehehe.. dimanakah tahap ku? masih belajar dan belajar about blogger

Nur Diyana said...

info yang sangat berguna . hehehe

Mieza Jhaa K said...

Saya berada di transformasi pertama dan kedua..