Header Ads

Spesies baharu dinosaur diberi nama

hanifidrus
Seorang pengkaji haiwan purba, Paul Sereno mengenal pasti identiti satu spesies baharu dinosaur yang mempunyai badan seperti landak.
Sereno membuat kajian tentang identiti dinosaur yang mempunyai gigi taring dan paruh seperti burung kakak tua itu selepas melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Spesimen haiwan itu ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an.
Dia memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.
"Saya menggambarkan dinosaur itu sebagai seekor burung, puntianak dan landak," katanya yang merupakan pakar dinosaur di Universiti Chicago.
Penemuan tersebut dilaporkan kelmarin dalam jurnal ZooKeys di internet.
Panjang dinosaur itu kurang 61 sentimeter (sm) dan ia memakan tumbuh-tumbuhan.
Sereno berkata, dinosaur itu mempunyai berat seperti seekor kucing yang dipelihara di rumah manakala ketinggian haiwan tersebut kurang 30sm

1 comment

Remy hazza said...

pelik pulak kalau digabungkan landak,burung dan vampire tu..... dari gabungan tu...nampak sangat nie species jahat.... pemangsa....he3