Header Ads

The Finish , Buku Terbaru Tentang Osama Laden

The Finish, buku terbaru mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebenarnya mahu membawa Osama bin Laden ke muka pengadilan sekiranya pemimpin Al-Qaeda itu menyerah diri semasa diserbu Mei 2011, akan berada di pasaran 16 Oktober ini.

Laporan AP menyebut bahawa penulisnya, Mark Bowden memetik kata-kata Obama sebagai berkata, presiden itu berfikir beliau boleh membuat hujah politik yang kukuh dengan memberi Osama hak penuh sebagai defendan jenayah bagi  menunjukkan keadilan tetap diberikan.

Bowden yang menulis buku mengenai serbuan yang akhirnya membunuh Osama berkata, Obama menjangkakan pemimpin yang dikaitkan dengan keganasan itu akan terus berjuang.

Obama buat pertama kali mencadangkan agar pengganas diperlu dibicarakan.

Sementara itu, seorang pegawai AS berkata, pasukan tentera telah diarahkan untuk menangkap Osama jika beliau menyerah kalah atau membunuhnya jika dia mengugut mereka.

Obama bertanding semula pada pemilihan Presiden AS bulan depan.
Osama dibunuh oleh pasukan khas Mei 2011

3 comments

baby comel said...

Osama & Obama.. Apa persamaan mereka ye??

nur azian said...

waaa mesti best nih :)

Remy hazza said...

nak kena baca nie.....