Turun 1kg selepas belanja RM100,000 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Turun 1kg selepas belanja RM100,000

Seorang wanita berusia 47 tahun yang dikenali sebagai Wong, berkata, dia membelanjakan Sg$40,000 (RM100,000) untuk program melangsing badan selama tiga bulan, tetapi hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak sekilogram saja.

 Kini, dia menuntut klinik itu menghentikan program menurunkan berat badan dan memulangkan wangnya. Wong, seorang pekerja sosial berkata, dia menyertai program mengurangkan berat badan di Klinik Hougang tetapi tidak mendapat keputusan yang diingini. “Pada asalnya, berat badan saya 72.3 kilogram dan turun 70.7 kilogram selepas tiga bulan.

Penurunan dalam satu kilogram saja,” katanya. Dia berkata, beberapa pekerja di klinik itu tidak berpengalaman dan tidak profesional. “Mereka membalut saya dengan plastik pembalut seperti mumia dan meminta saya “melompat” ke bilik lain untuk rawatan.

Seorang pekerja masih berjenaka yang dia tidak akan dapat mengangkat saya sekiranya saya tidak boleh berjalan sendiri. Dia benar-benar tidak profesional,” katanya. Akhirnya Wong terpaksa berjalan perlahan-lahan ke bilik yang menyebabkan dia berasa sangat malu. Katanya, sejak hari itu dia membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan cara lebih sihat dan bersenam.

4 comments:

dayteenlea said...

senaman yang betul je cara yang selamat dan murah untuk kurus.heehhe walaupun amik masa

Remy hazza said...

cara mudah yg tak berkesan...malah kerugiaan.... wajib mintak balik duit tu......

Che Rosliza Che mat said...

teruknya klinik tue...menipu orang...tue tak suka tue kalau ada iklan kurus...

Mrs Velentine said...

pergh mahal tue..1kg RM 100,000..gila apa