Header Ads

Wanita lesbian rayu bapa tarik balik tawaran

Wanita lesbian semalam, merayu bapanya menarik balik tawaran HK$500 juta (RM200 juta) “hadiah perkahwinan” kepada mana-mana lelaki yang dapat memenangi hatinya.
“Demi keluarga kita, tolong tarik balik notis itu, ayah!!!” tulis Gigi Chao, 33, di laman Facebooknya dan menambah dia tidak akan menerima permintaan untuk menjadi sahabat Facebook lagi.
“Dari mana mereka semua datang? (Baitulmaqdis)? Ethiopia? Istanbul? Mengarut,” tulisnya lagi.

Bapanya seorang jutawan, Cecil Chao, memberitahu akhbar South China Morning Post, kira-kira 100 lelaki menghubungi pejabatnya sejak dia menghebahkan tawaran itu, kelmarin.
“Ada yang menghantar surat, e-mail dan faks. Saya tidak ada masa untuk membaca semuanya, saya perlu berbincang dengan Gigi,” katanya kepada akhbar itu.
Katanya, “Ada yang mengaku tidak mahukan wang, cuma ingin diberi kesempatan berkenalan dengan anak perempuan saya.”

Seorang daripada pemohon, lelaki Perancih menulis: “Saya benar-benar serius dan (walaupun saya) seorang lelaki, saya yakin dapat menggembirakan wanita ini. Saya lembut seperti wanita.”

Seorang lagi nampaknya menawarkan menage a trois (hubungan bertiga): “Saya akan menangi hati anak perempuan anda dan mengahwininya dan Maid Marian saya, seorang model jelita dari Brazil akan dapat membantu merealisasikan impian saya.”

Gigi yang mendapat pendidikan di Britain menyifatkan perbuatan bapanya dan perhatian yang diterima itu sebagai “gangguan serius”

3 comments

hainom OKje said...

Pengorbanan seorang bapa..... nak melihat anaknya berubah... he..he..

Remy hazza said...

rasanya terus dia berubah lepas nie..... terganggu emosi

Che Rosliza Che mat said...

bapaknya taknak anaknya lesbian....baguslah bapak dia...