Header Ads

Yash Chopra meninggal dunia


hanifidrusBerita sedih kepada semua peminat filem romantik Hindustan bahawa pengarah Yash Chopra telah meninggal dunia.
Pengarah tersohor Bollywood, Yash Chopra (gambar) meninggal dunia kelmarin selepas lebih seminggu menghidap demam denggi, kata seorang doktor. Tokoh besar perfileman India itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Dr. Prakash Jiyavani berkata, Chopra yang meninggal dunia di Hospital Lilavati, Mumbai turut menghidap penyakit buah pinggang. "Beliau meninggal dunia kerana demam denggi dan kegagalan beberapa organ dalaman," kata jurucakap hospital, Sudhir seperti dilaporkan oleh agensi berita Press Trust of India.

Chopra dikenali sebagai Raja Romantik dan telah menghasilkan filem Bollywood selama hampir lima dekad. Antara filem arahannya yang terkenal ialah Deewar, Dil To Pagal Hai dan Chandni. Filem terbaharu Chopra, Jab Tak Hai Jaan bakal ditayangkan di India bulan depan. Anak sulungnya, Aditya Chopra juga merupakan pengarah filem yang berjaya.

Anak bongsunya, Uday Chopra mengendalikan cawangan syarikat produksi keluarga di luar negara. Chopra mula terlibat dalam bidang filem di bawah didikan abang sulungnya, pengarah veteran, B.R. Chopra yang mati empat tahun lalu ketika berusia 94 tahun.

6 comments

Aiisyah Roseskalerful said...

minat hindustan tapi xkenal pun siapa pengarahnya.. hhuhuh

Remy hazza said...

pengarah dan penerbit terkenal....byk filem2 dia blockbuster.....
teringat khabi kushi khabi gam.....

boni kacak said...

lepas ni hilang seri sikit lah dunia bollywood.. hehe

shahdiana said...

tamat la kisah cinta boliwod...hehe..biarlah anak dia mewarisi bakat dia buat cerita cinta boliwod tu....

ummiwaqqas said...

yea ke..ummi peminat criter dia...sobsobsob....=(

ummi waqqas said...

ummi peminat creta dia..=(