hanifidrus
Salam Satu Blogger. Kecoh sekarang di Indonesia kerajaan Indonesia ingin melkasanakan gaji minimum tahun hadapan RM695.
Ramai majikan menyatakan  kebimbangan mereka, dan perkara ini akan menyebabkan ramai majikan lari.

Tapi sebenarnya kalau anda lihat gambar di atas, harga barangan semakin naik tapi gaji yang tidak naik-naik. NILAI RM10 pada 10 tahun yang lalu dengan pada masa sekarang amat berbeza jauhnya.
Betul tak?

Dan untuk Malaysia jua, pada tahun hadapan semua majikan harus melaksanakan gaji minimum RM900 kepada semua rakyat Malaysia.

Sudah tentu ujudnya pro dan kontra dalam hal ini tetapi dalam jangka masa panjang, taraf hidup rakyat sudah tentu stabil dengan merendahkan gapping yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin.

Kalau di Indonesia Gaji Minimum RM695 dan Malaysia RM900 sahaja, cuba tanya majikan berapakah sebulan gaji mereka.. Mereka tetap untung cuma margin keuntungan mereka kurang. Tapi yang pasti gaji mereka pasti melebihi RM900....hehehehehehe


Asosiasi Pengusaha Indonesia (Apindo) berkata, sekurang-kurangnya 10,000 pekerja boleh kehilangan pekerjaan apabila pentadbiran Jakarta melaksanakan kadar baru gaji minimum sebanyak 2.2 juta rupiah (RM695) tahun depan. Ketua Divisyen Keselamatan Sosial dan Gaji Apindo, Hariyadi Sukamdani semalam berkata, peningkatan 44 peratus itu bakal menjejaskan majikan.

“Hingga kini, 100 syarikat pakaian merancang untuk menutup perniagaan mereka ekoran peningkatan gaji itu,” katanya kepada tempo.com. Dia berkata, beberapa kilang kasut turut menimbangkan untuk mengambil tindakan sama.

Syarikat intensif buruh yang dimiliki peniaga Korea dan Jepun terletak di Kawasan Berikat Nusantara di utara Jakarta, menyuarakan mengenai masalah lebihan pekerja jika gaji baru itu dilaksanakan. Hariyadi yang juga Timbalan Pengerusi Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin) berkata, duta Korea dan Jepun telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap polisi baru itu kepada Apindo dan Kadin.

Minta tolong Klik Google + kat entri ini. SEO Contest ler....hahahaha


Designed By: Hanif Idrus | Templatelib