Header Ads

Aamir Khan kembali ke India dari Mekah

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain selamat kembali ke India pada Jumaat lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita examiner.com kelmarin.
Aamir dan Zeenat dilihat tiba di sebuah lapangan terbang di sini bersama enam pengawal peribadi aktor itu.
Pelakon yang mempunyai ramai peminat itu pernah berjanji untuk membawa ibunya mengerjakan haji.
Mereka berangkat ke Mekah pada 19 Oktober lalu selepas selesai pelancaran lagu untuk filem terbaharunya, Talaash.
Ia merupakan ibadah haji yang pertama pelakon tersebut.
Aamir merupakan salah seorang pelakon paling popular Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots

8 comments

لين Si Pipi Merah said...

elhamdulillah syukur. dah like fanpages amir khan nie. :D

Intan Norhaida said...

haji amir khan n hajah zeenat le ye!!!

Mira Adzlia said...

wah....haji aamir khan la nih

shahdiana said...

wah....bagus betoi dia bawa emak dia menunaikan haji...semoga mendapat keberkatan keduanya...

KorN said...

amir khan mesej aku smalam. kata nya die nak tido umah ko. ye ke hanif... aku rase amirkhan tu mcm tipu aku jer... kekeke

Remy hazza said...

dah naik haji amir khan nie...alhamdullillah.....

miz ruha said...

alhamdulillah.. ^_^

Mrs Velentine said...

so haji aamor khan lahni kan