Header Ads

Brigadier Jeneral Paksa Pegawai Wanita Bogel

hanifidrus
Dua pegawai tentera wanita Amerika Syarikat yang memberi keterangan kelmarin menyatakan mereka menghantar beberapa gambar bogel kepada seorang pegawai tinggi tentera, Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair.

Menurut akhbar Fayetteville Observer, salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa Sinclair berulang kali meminta dia menghantar gambar bogelnya.

Bagaimanapun, dia yang berpangkat kapten memuat naik beberapa gambar bogel wanita lain tanpa kepala untuk dihantar kepada pegawai tinggi itu.

Keterangan itu diberikan pada hari ketiga pendengaran tentera yang diadakan di sini bagi menentukan sama ada Sinclair akan dibicarakan berhubung beberapa dakwaan termasuk liwat dan perzinaan serta perlakuan seks yang dilarang.

Semua perbuatan itu tidak dibenarkan dalam perkhidmatan ketenteraan. Pada Selasa lalu, seorang lagi pegawai tentera wanita berpangkat kapten memberi keterangan dengan menyatakan dia dipaksa melakukan seks oral dengan Sinclair.

Menurutnya, Sinclair yang sudah berkahwin mengancam untuk membunuhnya dan keluarganya jika dia enggan melakukan perbuatan itu. Seorang lagi pegawai tentera berpangkat mejar memberitahu kelmarin, dia menghantar gambar payudaranya dan video kepada Sinclair. Sinclair berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah di mahkamah tentera

4 comments

Remy hazza said...

gila sek tak bertempat..... padan muka...merana sepanjang hayat!

Razif said...

suke ati dia je

TiranaAduka said...

peqgh... Yg buruk jgn kita ikut.

wantie said...

Org sakit mental mcm ni. Otak tu tak de menda lain.