Header Ads

Cermin mata pintar buat si buta

hanifidrus
TONGKAT dan anjing mungkin tidak lagi digunakan menjelang 2015 kelak dengan adanya cermin mata khas buat orang buta.

Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal.

"Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan," Hicks yang juga pencipta alat bantuan melihat ini.

Bagaimanapun, Hicks berkata, alat bantuan khas itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan melibatkan 160 sukarelawan bermasalah penglihatan di Oxford dan London.

Beliau menambah, selain membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata itu jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157

9 comments

boni kacak said...

wow..ini perkembangan yang sangat2 bagus ni..

miz ruha said...

anjing pemandu semahal itu..? baru tahu mahal rupanya...

vidalsisah said...

Eeehhh... harga mampu milik tu, baguskan kalu betul2 menjadik.

dya bunga said...

canggih btl spek ni..bagus tuk org buta..

PRINCESS FARISHA said...

utk yg rabun dn mjadi smkin rabun xde ke spek mate khas ye...jenuh tiap2 tahun power naik aje

siti fatimah said...

bagus ni.. harganya pun berbaloi..

ayut said...

ni klu nk membeli mau berpuluh ribu kot...stereokopik bagai kat cermin..huhu..canggih2x...

hainom OKje said...

Dahsyatkan diaorang ni!

Remy hazza said...

harapan utk org buta..... harap2 menjadi kenyataan.....