Certified Enviromental Profesional in Sewage Treatment Plant Operation ( CePSTPO)

hanifidrus
Salam satu Blogger.Panjang betul tajuk entri aku ini kan...hehehhehe. Itulah kursus yang aku ambil. Aku tak pandang yang lain-lain aku pandang yang tulis Profesional ajer ..hahahahha

Certified Enviromental Profesional in Sewage Treatment Plant Operation ( CePSTPO) ialah jika aku lulus aku akan menjadi pakar dalam bidang najis kumbahan...hahahhaha. Kalau bahasa profesional aku akan jadi pakar dalam perawatan enapcemar dari sumber air kumbahan.....hemmmmm..

Ini adalah requirement dalam Jabatan Alam Sekitar  untuk peraturan baru Sewage Regulation 2009 yang mengkehendaki pekerja mahir monitor sistem rawatan tempat kerja mereka.
Dan untuk pengetahuan semua di Malaysia hanya seorang sahaja baru lulus kursus ini..

So sepanjang 5 hari ini aku training memang tak cukup tidur. Ingatkan training dapat lepak-lepak dengan member aku sambil santai tapi sebaliknya.

Training dari pukul 8.00am - 5.30pm. Ada 5 Bab buku dan tebal keseluruhan buku tu memang cukup tebal dari Dewan Bahasa Pustaka....Dan setiap kali habis satu bab kena peksa..open book.
Namanya ajer open book tapi masa peksa mana sempat nak open-open ..hehehehhe

Balik training, lepak kejap, malam belajau lagi..Yang tak bestnya kat hotel ada Astro lak ..emmm.Astro selalu mencabar minda kami nak belajar. Mana best? Astro VS Najis Kumbahan..hahahaha.

Lepas tu kena pergi ke tapak loji buat analisis data. Ambil sampel dan buat kesimpulan. Dan akhir sekali ada peperiksaan akhir yang merangkumi semua bab!!!!

Bayangkan budak sastera macam aku ini kena belajar bahasa teknikal...Nasib baik ada rakan sebilik yang membantu.
Tekanan aku sepanjang 5 hari, dah ler kilang hantar aku training dengan kos RM3900 seorang tak campur kos hotel. Mahu tak mahu kena lulus juga.

Dan kalau lulus kena buat kerja lapangan 6 bulan ambil rekod dan submit pada Institut Alam Sekitar (Eimas). Jika dah siap report untuk 6 bulan, lepas submit report kena ada temuduga dan lepas temuduga baru dapat sijil profesional...!!!

Aku tak kisah kerana ini adalah standard. Kalau sijil kata profesional tapi knowledge tak pro pun no meaning. So nak pro inilah jalan kerjanya...hehehehhe

Walau apapun aku happy masa training kerana dapat knowledge yang baik. Baru aku tahu kerja IWK ini bukan senang dan kesan besar kalau bahan kumbahan tak di rawat...
Thank untuk Dr. Assaari dan Cik Manisa yang memberi tunjuk ajar...

Kalau di takdirkan aku dapat Sijil Profesional ini, kalau mana-mana kilang nak aku buat pemantauan . Aku sedia membantu....

Lupa lak, yang best nya ialah makan,. Satu hari makan 5 kali!!!!





Share:

9 comments