Header Ads

Disney beli syarikat filem Star Wars

Syarikat Walt Disney Co., membeli Lucasfilm Ltd., yang mengeluarkan filem-filem Star Wars sebanyak AS$4.05 bilion (RM12.33 bilion).

Pengumuman itu dibuat oleh pihak pengurusan syarikat Walt Disney tersebut kelmarin selepas perjanjian dicapai dengan pemilik dan pengasas Lucasfilm, George Lucas. Syarikat itu membeli Lucasfilm dalam bentuk wang tunai dan saham.

Lucas akan menjadi individu kedua yang paling banyak memiliki saham syarikat Walt Disney. Dia memiliki 2.2 peratus saham dalam syarikat itu. Syarikat Walt Disney juga mengumumkan filem Star Wars Episode 7 akan diterbitkan pada 2015. Lucas bakal menjadi perunding kreatif untuk filem baharu Star Wars.

"Sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan Star Wars kepada generasi baharu pembikin filem," kata Lucas dalam satu kenyataan. Pengerusi bersama Lucasfilm, Kathleen Kennedy akan menjadi presiden dan membuat laporan tentang perkembangan syarikat itu kepada Pengerusi Studio Walt Disney, Alan Horn. Antara filem Star Wars itu ialah The Empire Strikes Back, Return of the Jedi, The Phantom Menace dan The Clone Wars

2 comments

Remy hazza said...

2 syarikat gergasi bergabung.....
lama tak tgk star wars

Che Rosliza Che mat said...

dua2 memang hebat...