Gollum di Lapangan Terbang Wellington - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gollum di Lapangan Terbang Wellington

hanifidrus
Satu ukiran unik yang menunjukkan Gollum iaitu watak fiksyen dalam filem The Lord of the Rings dipamerkan di Lapangan Terbang Wellington di sini sejak 31 Oktober lalu.

Ukiran sepanjang 13 meter itu dihasilkan oleh artis seni Jepun, Masayuki Ohashi dengan menggunakan polistirena, gergaji rantai dan teknologi robot. Gollum merupakan watak yang diperkenalkan dalam novel fantasi The Hobbit karya J.R.R. Tolkien.

Filem Lord of the Rings diarahkan oleh pengarah filem dari New Zealand, Peter Jackson. Tujuan ukiran itu dipamerkan adalah bagi meraikan tayangan perdana filem The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Jackson pada 28 November depan.

2 comments:

shahdiana said...

ala gambar kecik sangat..dah la rabun sikit...hehehe...

Remy hazza said...

tak sabar nak tunggu filem the hobbit tu......