Hadiah Menanti Follower Ke 1000

Hanifidrus
Salam Satu Blogger. Pada tarikh ini jumlah follower aku ialah 995 follower dan aku yakin dalam masa terdekat ini pasti aku akan mendapat 1000 follower tak lama lagi.
Ramai yag mempersoalkan jumlah follower tidak memainkan peranan penting dalam dunia blogging ini.
Ya, saya akui jumlah follower bukanlah satu indeks dalam menjamin blog anda terbaik dari segi SEO atau traffic.

Dan ramai blogger-blogger yang berpengalaman sering memperlekehkan kerakusan sesetengah blogger yang suka follow menfollow ini..hehehehhe.
Dan aku adalah salah seorang blogger yang memperlekehkan cara ini dahulu...
Sebab itu dalam masa 2 tahun aku berblogging, jumlah follower aku masih tidak bertambah!!!

Tapi setelah mendapat kesedaran dari segi positif, apa salahnya jika kita meninggikan jumlah follower!!!
Adakah ia menyebabkan SEO kau jatuh? Adakah kau akan kehilangan pagerank!!!
Adakah kau akan dianggap gila mencari populariti!!!

Tiada salahnya... kerana dari segi psikologi ianya merupakan satu kebanggaan mencapai beribu-ribu follower.
Cuma satu kelemahan blogger ialah sikap blogger yang hanya follow sahaja tapi tiada tindakan susulan seterusnya.
Termasuk tuan punya blog yang telah difollow tapi tidak mahu pergi ke blog followernya!!
Itu masalahnya!!

Saya telah improvasikan sedikit teknik iaitu setiap blogger yang follow blog saya akan saya letakkan dalam bloglist saya.
Dan senang untuk saya blogwalking ke blog anda.
Cuma sejak semingggu ini broadband memang buat hal ajer..huhuhuhuhu.

Panjang betul aku membebel... ini.
Back to topic. Jika blog aku telah mencapai 1000 follower aku akan meraikan dengan memberi hadiah kepada blogger tersebut!!!!
Apa hadiahnya aku belum fikirkannya lagi.
Kalau anda nak kata aku ni gila follower, tak per kerana aku memang nak tinggikan follower..hehehehhehe.
Kalau anda kata dah 2 tahun berblogging tapi masih tak ubah lagi, masih mengejar follower...silakan..hahahahahaha.

Share:

13 comments