Header Ads

Hamba seks tertua meninggal dunia

hanifidrus
Wanita yang digelar hamba seks tertua dunia, menghembuskan nafas terakhir pada umur 96 tahun akibat kegagalan fungsi pernafasan di Taiwan, Sabtu lalu. Menurut Pertubuhan Keselamatan Wanita Taipei (TWRF), Huang Wu Hsui-mei, adalah salah seorang daripada lapan hamba seks atau dikenali sebagai 'comfort women', yang masih tinggal di Taiwan selepas 50 yang lain meninggal dunia lebih 20 tahun lalu. "

Huang dipaksa kerajaan Jepun menjadi hamba seks kepada askar mereka di wilayah Guangdong, China pada 1940. "Dia dipaksa melakukan perkhidmatan seksual kepada lebih 20 askar setiap hari dalam setahun," kata wakil TWRF. Sebaik kembali ke Taiwan, Huang mengalami penderitaan mental dan fizikal sekali gus diceraikan suaminya kerana gagal melahirkan anak.

Wanita itu turut mengembara ke Jepun, Australia dan Korea Selatan bagi mendapatkan sokongan masyarakat luar serta mendapat pembelaan daripada kerajaan Jepun. Namun sehingga kini, perjuangan Huang untuk mendapatkan permohonan maaf daripada kerajaan Jepun masih tertangguh dan TWRF berkata, pihaknya akan meneruskannya demi keadilan hamba-hamba seks di zaman itu.

15 comments

Razif said...

kesian dia ni ...

Nijiera said...

masyaallah...kesiannya...

shahdiana said...

kesian btoi dia..sampai dah meninggal takde pembelaan...zaman jepun memang sengsara kan...nasib kita tak tempuh...

Azlan Strider said...

kekejaman jepun sewaktu zaman kegemilanganya memang tak dapat dinafikan..hopefully TWRF akan mendapat permohonan maaf bg huang walaupun dia dah takde..

Regards,
-Strider-

boni kacak said...

kesian betul...

MarliaMarble said...

kesian sampai ke tua haa..isk3..

Anak Pak Muin said...

kejam btol

Lelaki Ini said...

kesian sgt2!

Papa Mifz said...

memang kesian kat auntie tuh...huhu

Ash Give said...

kesian dia..

TiranaAduka said...

ada terbaca juga kisah ni..

TiranaAduka said...

ada terbaca juga kisah ni..

TiranaAduka said...

ada terbaca juga kisah ni..

Remy hazza said...

so sad!!!! sampai mati keadilan buat nya tak dapat dilaksanakan.....

wantie said...

Tak dot bayangkan keadaannya masa tu. Jepun memang jahat.