Header Ads

Keranda 'muncul' dari kubur akibat taufan Sandy

hanifidrus
Salam  Satu Blogger. Kecohnya pasal Taufan Sandy melanda New York.
Kadar kematian pul aaku baca semalam hanyalah kecederaan sahaja. Cuma ketugian harta benda yang mencecah RM20 billion.
Tapi bila kita berbicara penindasan kaum Rohinya di Myammar yang mencecah beribu-ribu manusia yang ditindas, tak ada pula akhbar dunia kecoh.
Bila berbicara kebuluran disesetengah negara tak ada yang kecoh..
Bila berbicara tentang Palestine banyaknya dolak-dalik yang tidak logik...

Inilah dunia... zaman sekarang ini. Yang berkuasa bila sakit, semua beria-ria untuk mendengar khabar. Bila yang miskin sakit, macam sampah diperlakukan...hehehehehhe

Hari ini aku nak copy paste cerita dunia kat blog ini pun semua tentang Taufan Sandy. Dan untuk 2 hari ini aku memang tak sempat buat entri sebab sibuk uruskan dancing group aku ini....huhuhuhu.

Pasal keranda terkeluar pun dah jadi isu pasal Taufan Sandy ini...hehehehe.
Bestnya...jadi kuasa besar...

Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York. Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.

Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington. Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin. Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada.

11 comments

Wana Owen said...

kuasa besar di agung-agungkan..pantang kena jentik,terus dapat liputan seluruh dunia.negara kena tindas,jgn kata kena jentik,kena sepak teranjang pun belum tentu ada sapa nak hebohkan kat seluruh dunia.

Cik Zaniff said...

kalo kat sini..haiyooo

jmput join segemn

http://cikzaniff.blogspot.com/2012/10/segmen-kau-yang-ku-sayang_31.html
tq

cHeRyNa PiReS said...

Cuba check IC diorg, adakah mereka bernama Sandy sewaktu mereka mati?

Sebab kalau namanya Siti Khadijah...memang dah dibom keranda nie beramai2:)

Kesuma Angsana said...

semua kerana bencana alam ye

miz ruha said...

betul3... kaum Rohinya kurang ada di akhbar... tahu pun dari tv aje..

ejulz said...

seram gak tgk keranda tu.. hehe

LiNda said...

dasat taufan sandy tu.. angin kaut smpai keranda pun terkeluar...

:: Mrs.Eady :: said...

erks!

SURIA AMANDA said...

apa jer yg membabitkan AS sure heboh...sure kecoh walau sekecil kuman jer masalahnya

Remy hazza said...

kuasa besar...semuanya dapat perhahatian

Che Rosliza Che mat said...

Kuasa Allah...tiada siapa yg mampu berlawan..