Header Ads

Kereta sains fiksyen

hanifidrus
Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi peminat sains fiksyen. Kenderaan futuristik ini yang berharga �75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa.

Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya. Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan. Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh.

Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah. Michael Vetter yang berasal dari Itali dan menguruskan The Car Factory di Florida, Amerika Syarikat, mereka dan menghasilkan kenderaan canggih ini.

Dia yang dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex. “ETV ini dihasilkan untuk orang yang sudah memiliki semua jenis kereta tetapi masih mencari sesuatu yang berbeza,” katanya.

9 comments

baby comel said...

perrrgh Semart!
agak2 lalu ke nak naik kereta camtu nanti??

fatin amalina husna said...

tudiaa..dasyat naa..

"direka utk org yg miliki semua jenis kereta dan menginginkan kelainan." eloklar..mmg lain dr yg lain pon..=D

Anak Pak Muin said...

mcam betik je tgk..hahaha

dya bunga said...

cantik ar..unik

wantie said...

Cantiknya... bullet design. Haish.... mahal la pulak. Tengok je la...

Syaz Blackrose said...

dasatnyer... mana tayar keta tu.. uish.. warne feberet ku..

Remy hazza said...

smart nyer.....teringin nak ada satu....... he3

hainom OKje said...

macam aneh je kan....he...he...

Che Rosliza Che mat said...

cantik dan unik hihihi