Nahas kereta kembar seiras - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Nahas kereta kembar seiras

hanifidrus
Sepasang kembar seiras Jake dan Sam Stevens semalam terbabit dalam kemalangan kereta mereka merempuh sesama sendiri. Nahas itu berlaku di simpang kira-kira sebatu dari kediaman ibu bapa mereka ketika Jake dalam perjalanan pulang manakala Sam hendak pergi ke perlawanan bola sepak.

Kembar berkenaan yang berusia 18 tahun dengan berang keluar dari kereta masing-masing dan terkejut apabila mereka bersemuka. Jake berkata: “Saya berang dan bersedia untuk menendang pemandu itu. “Kemudian saya lihat Sam meluru ke arah saya. Saya bagaikan tidak percaya yang dia adalah kembar saya sendiri,” katanya.

Kedua-dua kembar itu menuduh antara satu sama lain sebagai punca kemalangan di Gosport, Hant itu. Sam berkata: “Saya mendekati simpang pada kelajuan tiga atau empat batu sejam ketika dia turut sampai di situ dalam keadaan laju dan berada di seberang jalan,” katanya.

Namun, Jake menegaskan: Tidak diragukan lagi, Sam yang patut dipersalahkan. Saya pemandu yang lebih baik,” katanya. Kemalangan itu menyebabkan kerosakan bernilai 3,000 pound (RM15,000) kepada kereta Renault Clio milik Jake dan Corsa kepunyaan Sam.

6 comments:

boni kacak said...

agak2nya dorang akan bergaduh besar tak??hehehe

Asmar Arafad said...

Lok camni pun ader

Asmar Arafad said...

Lok camni pun ader

Lady said...

eh, hebatlah. hehehehe,balik rumah mesti gaduh besar.

siti fatimah said...

hahaha.... tu la nak marah sangat. last kena sedara sendiri. marah la sampai puas.

Remy hazza said...

org yg lalu lalang mesti pelik..... sebab muka serupa..... he3