Pembantu Rumah Di Belasah Dengan Mop - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pembantu Rumah Di Belasah Dengan Mop

hanifidrus
Salam Satu Blogger, Setiap kali aku membaca berita pembantu rumah kena belasah aku jadi sakit hati dan sedih melihat mentaliti penduduk Malaysia ini.
Mentaliti dan nilai moral yang rendah dan mempunyai keupayaan bertindak kejam sesama manusia. Kadang-kadang aku rasa tak percaya ada lagi manusia yang sebegini di Malaysia ini walau pun pendidikan moral kerap dipaparkan di kaca-kaca TV atau di sekolah!!!

Saya bertanya pada semua pembaca blogger, adakah anda mempunyai perasaan tidak bersalah mencopkan seterika pada badan seseorang secara sengaja.
Aku hairan ler....

Sehari selepas akhbar melaporkan mengenai seorang pembantu rumah Indonesia mendakwa didera majikan berketurunan Cina, polis berjaya menyelesaikan kes itu berikutan tertangkapnya dua beranak di Taman Patani Indah di sini kelmarin.

Susulan tangkapan itu, dua beranak berusia 61 dan 29 tahun yang merupakan majikan mangsa direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat pada pukul 11.30 pagi kelmarin. Katanya, dua beranak itu diberkas di rumahnya pada pukul 7.30 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan batang mop di badan dan muka. Mangsa telah bekerja dengan suspek sejak April lalu dan kerap dipukul sejak dua minggu kebelakangan ini. "Ekoran itu, dia mengalami kecederaan dan lebam pada muka dan mata kiri selain sakit dada serta punggung," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, amah yang dikenali sebagai Suryani, 24, dari Jakarta, Indonesia cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa didera oleh majikannya sejak beberapa minggu lalu. Selain itu, dia juga mendakwa dikerah untuk bekerja seawal pukul 5 pagi hingga lewat malam setiap hari dan sering dimaki hamun. Suryani kemudian melarikan diri pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu sebelum diselamatkan seorang wanita di Taman Sejahtera yang terletak berhampiran rumah majikan mangsa

14 comments:

Mrs Velentine said...

kejamnya

lepakk.com said...

Kejam betul ...hati binatang

myfreeminded said...

manusia semakin kejam... rakus melakukan penderaan...

siti fatimah said...

tengok kat paper kelmarin. terfikir jugak. yang buat tu manusia ke ?

ni la warga warga yang menjana kemarahan org. kita tengok pun marah. ni kan pulak indonesia kan.. kan..

Papa Mifz said...

ganas lak aih...takde hati perut langsung kan...

Nor Salmi said...

Perbuatan kejam segelintir manusia yg tak berhati perut macam nilah yg mengundang rasa benci terhadap negara kita.

LiNda said...

rakyat malaysia makin kejam..da layan manusia lain mcm haiwan je. belum lg kes bunug, tetak menetak...

fatin amalina husna said...

sebab tu laa ada pembantu rumah curi barang majikan..pembantu rumah dera anak majikan..haizz~

baby comel said...

kenapa la xde perikemanusiaan eh??

shaiful zaidi said...

dekat SP....?

TiranaAduka said...

hati kering betul..sesama manusia tu..

Remy hazza said...

manusia sekarang semakin kejam...hilang kewarasan.......

Jna marcello said...

mmmg kejam... TAK SUKA!!!!

donnyien said...

kesian..