Header Ads

Pemilihan Window Kotak Komen Untuk Blogspot

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Rasanya dalam 2 minggu ini terasa blog aku ini berkecamuk dengan entri yang aku pun kurang pasti...
Tak habis-habis bercerita pasal Annual Dinner aku...hahahahaha

Kali ini aku nak cerita tentang Kotak Komen.
Pemilihan kotak komen sebenarnya amat penting, walaupun blogspot ada memberikan pilihan pemilihan kotak komen yang pelbagai tapi pilihan manakah yang mesra pengguna. Kadang-kadang kita tak ambil peduli akan pemilihan jenis kotak komen tetapi pada dasarnya impaknya amat mendalam sekali.  Dalam blogspot jenis tetingkap kotak komen terdiri dari beberapa kategori:

a) Embedded

Bermaksud setelah anda baca entri tersebut, anda terus komen di entri beliau. Bermakna kotak komen terus berada di bawah setelah anda baca entri.
Kelemahan:
Setelah seseorang mengomen blog anda dengan kategori embedded ini masalahnya ialah loading time. Kerana sebaik sahaja anda klik "published" , blog tersebut  bukan sahaja harus memproses komen anda sahaja tetapi keseluruhan blog. Lainlah kalau loading time blog anda terlalu rendah.
Bermakna pengunjung kena buat dua kali kerja. Mula-mula datang blog anda kena tunggu loading time dan setelah komen pun kena tunggu juga.
Tension!!!

b) Full page
Full page bermaksud setiap kali pengunjung klik hendak komen, maka ia akan membawa anda ke page baru. Pages khas untuk mengomen.
Kelemahan:
Ia tidak berkaitan dengan loading time tetapi anda akan kehilangan pembacaan entri anda yang lain kerana bila anda menggunakan Full Page, secara automatik blog anda hilang dan diganti oleh templates Full Page. So pengomen akan mengomen dan jika hendak kembali ke blog anda ia harus klik tajuk entri komen tersebut. Leceh!!

c) Pop Up Window
Pop Up Window ini bermaksud semasa pengunjung klik hendak komen entri anda akan keluar satu tetingkap kecil tanpa menghilangkan entri anda.
Dari segi loading time ia tidak mengganggu dan juga blog anda tidak hilang. Setelah komen, pengunjung mempunyai pilihan samada tutup blog anda atau berjalan-jalan membaca post-post lama anda.

So kalau anda tanya saya, apa yang saya pilih. Sudah tentu saya akan pilih Pop Up Window. ..hehehehhe.
Dan saya ingatkan sekali lagi kalau awak guna apa pun bentuk tetingkap komen tapi masih guna "word verification" pun tak ada guna jua...heheheh

Walau apapun didunia blog sentiasa memberi opsyen2 untuk mencantik atau meringankan blog kotak komen anda. Sebagai contoh kebanyakkan blogger yang menggunakan embedded biasanya akan membuat spoiler pada bahagian komen. So pengunjung selesa bila menggunakan tetingkap komen kategori ini. Biasanya pompuan yang buat.

Lelaki pula  biasanya menggunakan jenis yang panjang2 kena taip email address, link blog . Apa orang kata Comment Luv..entah ler aku.
Anda guna yang mana?
Saya guna Pop Up Window....hehehehheh.

12 comments

Remy hazza said...

remy pakai pop up window jugak,,,, senang!.....

steffany daph said...

saya tak guna lagi pop up window . hehe, sbab dah tukar selera.

hainom OKje said...

macam ni ke pop window tu?

shaiful zaidi said...

salam bro....nice info

Anak Pak Muin said...

oho..bru je tukar ke pop-up window..haha

fatin amalina husna said...

guna popup window jugak..=)

masih ada segelintir blogger yg letak word verification tu..kdg naik mlas nk komen..=|

MarliaMarble said...

susah jugak bila ada word verification tu...kita dah semnagat nak komen pun jadi terbantut..! =D

♥ Nana BamBam ♥ said...

Annual Dinner la sangatttt..hahaha

nana juga guna pop up window..senang dan x lecehhh naa :P

boni kacak said...

so far, pop up window yang terbaik bro..hehehe

Che Rosliza Che mat said...

suka po up window lagi mesra...

Maria Firdz said...

popup window mesra pengguna...

Akif Imtiyaz said...

Salam Bro Hanif...Hari ni saya cuba komen kat blog yang menggunakan POPUP WINDOW ..semuablog yang saya komen akan keluar Word Verification termasuk blog Bro Hanif ni ..Kenapa ya ??