hanifidrus
Harimau Di Lalang
Salam Satu Blogger, tahniah kepada SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aku tak menonton perlawanan ini tapi tadi pagi mendengar berita di rancangan radio ERA tentang kejayaan Malaysia dan peluang ke Separuh Akhir Kedua Terbuka semula.

Ramai yang memuji termasuk aku sekali atas kejayaan pasukan Harimau Malaya tapi yang menarik perhatian aku ialah secara tiba-tiba sikap penyokong Malaysia berubah akan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia sehingga ada salah seorang insan berkata peminat Malaysia macam lalang!!!

Lalang bermaksud tiada pendirian, masa pasukan Malaysia kalah semua kutuk dan kalau menang semua puji. Dan aku tergolong dalam Lalang ni melalui entri  kutukan terhadap Harimau Malaya ini.

Tapi sebenarnya orang Malaysia selalunya bila dah mencapai sesuatu kejayaan selalu terlupa. Mudah lupa kata Tun Dr. Mahathir. Makin lemah.... Itulah gunanya kami Si Lalang ni.....

Kami bukan lalang tapi kami adalah pencetus kekuatan pasukan Harimau Malaya. Zaman sekarang bukan zaman dahulu kala, kalau kalah kita akan cakap  "Tak per..lain kali kita akan ada peluang lagi"

Dan kami juga bukan lalang kerana sudah 3 kali memberi peluang kepada pasukan Harimau Malaya semasa mereka bermain dengan Hong Kong, Bangladesh dan Singapura. Berapa peluang kami nak berikan?

Adat permainan memang ada yang kalah dan menang tapi kalau kalah pada pasukan yang lemah berturut-turut tentu pasukan itu bermasalah. Itu lah yang terjadi pada pasukan Harimau Malaya sekarang.

Dan kami si Lalang ini, marah dan beri pressure pada Harimau Malaya. Akhirnya result yang kita dapat mereka menang BESAR!!!! Tanpa kami si lalang ini, Harimau Malaya tak mungkin menemui jalan keluar mereka...hehehehehhehe.

Manusia yang normal ( 90%) biasanya akan improve jika ada tekanan. Samada di tempat kerja atau sekolah. Sebagai contoh, bayangkan kalau semua sekolah dan di kolej tiada peperiksaan, mahukah anda belajar?  Peperiksaan itu adalah sejenis tekanan dan melalui tekanan itu anda belajar kan?

Dan aku seorang patriot Malaysia dan kerana aku sayangkan Pasukan Malaysia sudah tentu aku akan sentiasa sokong Malaysia tanpa belah bahagi.
Tapi kalau kita sokong anda tapi permainan macam hampeh, siap kau orang!!!!
Kata orang Bawaen, kalau nak kalah pun biar kalah setelah main bermatian-matian..
Hidup Harimau Malaya!!!!!!!!!




Designed By: Hanif Idrus | Templatelib