Program TV uji ketakutan pengguna lif - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Program TV uji ketakutan pengguna lif

hanifidrus
Satu program televisyen cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat.
Dalam program itu, hanya seorang atau dua pengguna sahaja berada di dalam lif tersebut.
Selepas pintu lif itu ditutup, pengguna tersebut tidak menyedari ia sebenarnya tidak bergerak.
Cahaya lampu di dalam lif tersebut kemudian terpadam seolah-olah menunjukkan bekalan elektrik terputus.
Semasa bekalan elektrik itu terputus, seorang budak perempuan yang menyamar sebagai hantu dengan membawa anak patung merangkak keluar dari sebuah pintu rahsia.
Apabila cahaya lampu dihidupkan semula, pengguna lif itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut muncul dengan tiba-tiba.
Wajah kanak-kanak itu yang kelihatan seperti hantu menyebabkan pengguna lif tersebut ada yang menutup mata dengan tangan.
Terdapat juga pengguna lif lelaki yang terus berlari sejurus pintu dibuka.
Salah seorang pengguna wanita pernah menjerit apabila melihat 'hantu' itu

7 comments:

Cikgu Fikri said...

program apa ni?
rasa mcm nk tgk... huhu.. :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

memang seram kalau kita berada di situ.
bila jd penonton. nk tergelak pun ada.

hnahdy said...

jgn la mcm tu..huhu dalam lif nak lari mana.. lain la kalau kat luar. boleh lari2 terjun bagunan.hehe ok lawak ja..

Remy hazza said...

eeeeeeeeee....buatnya sakit jantung...tak pasal2 jer.....

miz ruha said...

seram aje...
program tv mana tu...?

Che Rosliza Che mat said...

takutnya...walaupun program tv..

siti fatimah said...

ini memang betul. ada jugak org yg takut naik lif terutama lif hospital.