Ratusan ribu penduduk berebut 20,000 jawatan sektor awam - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Ratusan ribu penduduk berebut 20,000 jawatan sektor awam

Ratusan ribu penduduk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam di sejumlah sekolah dan universiti bagi mengisi kekosongan jawatan pentadbiran pemerintah China semalam.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1.5 juta rakyat China yang memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut. Bilangan itu menunjukkan peningkatan 30 kali ganda berbanding sedekad yang lalu bagi mengisi hanya 20,000 kekosongan jawatan di sektor awam.

Peningkatan yang mendadak itu didorong oleh persepsi bahawa bekerja di sektor awam menawarkan jaminan pekerjaan. Kebanyakan calon yang menduduki peperiksaan tersebut terdiri daripada pelajar universiti yang merupakan sebahagian daripada tujuh juta lulusan baharu yang akan memasuki pasaran kerja China pada tahun ini.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Liu, 31, memberitahu bahawa beliau berharap dapat bekerja di dalam sektor awam kerana faedah yang lebih baik dan tidak perlu risau mengenai pencen dan insurans kesihatan. Calon-calon yang lulus peperiksaan tersebut perlu menjalani proses temu duga sebelum dilantik bekerja dalam sektor awam

4 comments:

Mummy Akmar said...

Ingatkan Gov Malaysia tadi. Rupanya Cina...Liu pon nak jugak yer.. Hahaa

PRINCESS FARISHA said...

minta kerja trus pegi interview tak pe jugak..ni exam dulu la, then ade assessment bru interview..sia2 kalau xdpt..penat je

siti fatimah said...

huh.. dah kematu funggu ni sit for the exam. malas dah nak ambik. selalunya kroni je yg dapat.

tetiba jadi geram bila ada sorang anak cikgu tu sit KPLI sekali je dah leh dapat. bila korek tanya, dia siap jawab yg maknya ada call org tu la org ni la... guna kabel beb.

kita yg tak de kabel ni. susah payah la dok jawab same question every year. tak dapat pun.

terfikir jugak. "Allah beri apa yg kita perlu bukan yang kita ingin".

Remy hazza said...

ramainya calon......