Header Ads

Rosyam Nor Dan Anugerah Skrin 2012 Hambar?

Rosyam Noor
Salam satu Blogger, tempoh hari  tengok tak Anugerah Skrin 2012. Aku yang tak begitu pandai dalam hiburan ini merasakan macam tengok filem teater sahaja.

Mungkin dari segi pandangan mata aku terasa hambar tapi mungkin untuk orang lain ia sesuatu yang baru dan padat dengan pelbagai kisah -kisah magikal yang baik.

Aku memang tak terasa lawak dan terpaku dengan aksi yang diperlakukan walaupun penyertaan kaliini semuanya dari artis yang hebat-hebat. Sekali lagi ini pandangan aku.

Tapi ada juga isu yang kecoh diperkatakan iaitu petikan dari entri Beautiful Nara. Dibawah ini:
Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.
Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh
Aku kurang pasti ler, sebab Rosyam Nor ini pelakun yang veteran dan sedia maklum segala kata-kata yang sebegini amat bahaya.
Kalau anda taip nama Rosyam Nor sekarang ini memang tengah panas keyword ini..hehehehehe.
Sampai ada yang tanya kat Ustaz Azhar pasal ini....hemmmmm
Tak  pasal-pasal kau cari pasal ler bro Castello aku ini..hemmm

Berikut adalah keputusan penuh ASK 2012: 

1. Kategori Filem 
Filem Terbaik: Bunohan. 
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap) 
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu) 
Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap). 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap) 
Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan) 

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri 
Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda 
Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah) 
Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda) 
Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda) 
Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda) 
Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd. 
Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies) 
Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd) 

3. Kategori Penerbitan Dalaman 
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok) 
Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special. 
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26. 
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25. 
Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan. 
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka. 
Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre 
Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis. 

16 comments

baby comel said...

saya hanya tengok 10min terawal & terus tidur sbb terasa sgt kebosanannya.. tentang kontroversi semua tu mmg xtahu apa2, tp moga beliau cepat sedar la

Nor Zilla Sensei said...

keyword rosyam nor ni bole meningkatkat seo ni..huhuuu

Anak Pak Muin said...

yup.time tgk haritu mmg rosyam nor ade ckp cmtu..adoi

Miss BaNu said...

MMG ASK kali ini kurang best..meleret leret..bosan

wantie said...

ye la...memang mcm tu labunyinya. tapi org diam je

fatin amalina husna said...

huhu..tular..mlm tu spontan je kluar kat mulut dya..

miss kecoh said...

tak tengokk pon... xpe la berkorban utk STPM.. sobsss

Mummy Akmar said...

Memang lari dari landasan Islam konsep shirik dan tahyul yang ditonjolkan...

haz said...

tak tgk pn ASK ni. hahah. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. ehh? hahahha

♥ Nana BamBam ♥ said...

sedih dengan ASK 2012. terikut budaya barat. mengagungkan budaya barat. menjujung budaya barat walhal mereka sendiri beragama islam.

Haryati Faizal said...

tak tgk smpi abis pun...'ngantokkk'..

BlueiceButterfly said...

tengok sikit ja..persembahan ja best :)

prog muten said...

nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

Remy hazza said...

remy sempat tgk hujung jer...... tak sempat......

teratai said...

tak sempat tengok sebab menolong jiran utk kenduri kahwin anak2nya!Tapi rasa x rugi pun x tengok...jika ada isu yg memperlekehkan agama Islam, tambah2 oleh umatnya juga.....sedihkan:(

man said...

Nasib badan lah lepas rosyam noor..hehe