Tidur Dalam Keranda Merawat Tekanan

hanifidrus
JIKA diberi peluang, mahukah anda tidur dalam keranda gelap dan sunyi demi merawat tekanan?

Lebih 1,000 pesakit di Shenyang, wilayah Liaoning, China menawarkan diri melakukan perkara itu dan dianggap sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi khas.

Perunding pusat psikoterapi, Tang Yulong memberitahu, rawatan simulasi kematian ini sesuai kepada penghidap masalah psikologi khasnya mereka yang mengalami tekanan.

"Pesakit perlu masuk dan tidur di dalam keranda yang disediakan dalam sebuah bilik kecil. Kemudian, mereka akan diselimutkan dan dikehendaki menulis ayat-ayat terakhir sebelum menjalani proses kelahiran semula.

"Lima minit selepas keranda ditutup, pesakit akan dikejutkan dengan suara tangisan bayi menandakan dia telah dilahirkan semula," kata Yulong dan menambah tidak semua pesakit dibenarkan melakukan rawatan seumpama ini

9 comments

errkk..
tak tahu laa nak ke tidok..

Hish... biar le stress dpd tidoq situ.... takutttttt...he...he...

Wah ini benar-benar aneh....
Hati hati kalo tidur tak bangun lagi hhe....

satu idea yang amat menggerunkan..tapi aku rasa aku tak buat kot melainkan terapi ni proven oleh badan2 bertanggungjawab..hehehe

Regards,
-Strider-

macam2 benda pelik depa buat......

pelik tapi benar..boleh try ni..hehe

kalau saya le, bila tidur dalam keranda ni lagi la tekanan.

baik tidur kat umah. zikir zikir leh hilang tekanan jugak. Tak payah nak susahkan diri buat semua tu. hiksss