Wanita obes meninggal dunia kerana tiada pesawat

hanifidrus
Seorang wanita yang sangat obes, yang melawat negara kelahirannya, Hungary, meninggal dunia ketika berusaha mendapatkan pesawat yang boleh menerbangkannya pulang.

Keluarganya dilaporkan mahu menyaman syarikat penerbangan yang enggan membawanya atas sebab saiz badannya yang besar.

Janos Soltesz dan isterinya Vilma, wanita obes dari Bronx, melawat Hungary tetapi tidak boleh terbang pulang Oktober lalu apabila syarikat penerbangan Delta dan KLM berkata, dengan badan seberat 180 kilogram, Vilma tidak muat kerusi pesawat. Apabila pesawat bersesuaian ditemui, sembilan hari selepas tarikh sebenar penerbangannya, Vilma, 56 meninggal dunia, lapor CBS.

Share:

11 comments