Header Ads

Wanita tewaskan jerung

hanifidrus
Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau. Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu. “Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood.

Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu. “Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk,” kata Mariko.

Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai. Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya. Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.

Bagaimanapun, pengalaman ngeri itu tidak akan menyebabkan dia berhenti berenang di laut. “Saya sentiasa memberitahu anak saya, tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana apa yang lebih menakutkan ialah barah payu dara. Satu daripada lapan orang menghidapnya. “Tetapi hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung. Kerana itu kita tidak perlu takut langsung,” kata Don

12 comments

Che Rosliza Che mat said...

berani betul wife dia...

Nor Zilla Sensei said...

huhu...sempat lg tumbuk2..klu kita da nampak mulut jerung alamaknye pengsan terus la..

boni kacak said...

pergh...gila hebat...

steffany daph said...

mcm ni best :D taekwando bukan saja terbaikkk untuk menumbuk manusia tapi utk jerung juga. Yeah, great job (:

Nor Salmi said...

Inilah yg dikatakan berpantang maut sebelum ajal..

Syamil Ramli said...

tumbuk jer?? takde blackbelt pon bleh buat gak bro...dlm kepala aku dia buat la skil sidekick, upperkick,backthrust..adoyai...tajuk entri telah memprovok aku utk baca..hehehe

LiNda said...

Kagum gile dgn pempuan ni, memang betul2 dia apply ilmu dia kan. Kalo saya mesti dah kene ngap dgn jerung tu ..hihi

MaMa Rey said...

patutlah boleh menewaskan jerung..rupanya black belt..

wantie said...

wow... memang menarik ni. kalau kita la berdepan dengan jerung. tak dan jerung nak attack terus pengsan.

memang takut woo... kalau jumpa jerung dalam laut.

miz ruha said...

dia betul2 berani... hebat!

Remy hazza said...

dlm keaddan cemas dia masih ingat jurus2 yg dia belajar.....
memang berani betul pompuan nie...bagus sangat!

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000