Petani China cipta pod penyelamat

2012 Tahunku Yang Kacak
Seorang petani, Liu Qiyuan membina tujuh buah pod penyelamat yang berbentuk bulat dan boleh terapung di permukaan air di rumahnya di sini, selatan Beijing.

Dia mendapat ilham untuk mencipta pod tersebut berdasarkan filem Hollywood tentang hari kiamat yang berjudul 2012 dan tragedi tsunami di Asia pada tahun 2004. Qiyuan berharap ciptaan itu akan digunakan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa dan jabatan kerajaan bagi menghadapi ancaman tsunami dan gempa bumi.

Pod itu boleh terapung dan mengandungi tangki oksigen dan tali pinggang keledar. Seramai 14 orang boleh berada di dalam pod tersebut. Pod itu dicipta supaya ia tidak berpusing bila terapung di permukaan air. Ia dihasilkan dengan menggunakan kaca gentian yang diletakkan di sekeliling rangka keluli yang berbentuk bulat.

5 comments

takde ke kos bape sebijik menatang tu??
Tengok sini ==>> Pemandu Kenderaan Malaysia Bodoh

bila manusia perasan dia lebih bijak dari Allah.. cam nilah kekdahnya.

owh ... dh fhm. url lain .. tjuk lain. ^^

sekali kena hempap...teruk penyek......