Header Ads

Anggota polis gemuk Indonesia diarah bersenam

hanifidrus
Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka. Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan. Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah.

Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan. Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan.

11 comments

itu Akhil said...

mcm mane bleh gemuk..
bkn kawad hari2 ke..
kuat mkn bakso kot..haha

Haryati Faizal said...

malaysia pun kene buat camtu gak...

Belalang hijau Perisik said...

polis gemuk macam mana nak kejar pencuri! hahaha

wantie said...

Polis malaysia pun kena ikut juga kekdah ni. Ramai benor azroi...

Aiisyah Roseskalerful said...

lama dah rasanya xkomen kat blog ni.. huhuhu.. kena tunggu cuti juga kot untuk komen :-P

Ada eh polis gemuk?? Bukan ada training ke for polis?? macam manalah boleh jadi gemuk.. 100 kg pula tu..

hnahdy said...

malaysia pun

Mas Zull said...

assalamualaikum hanif...bagus ada xtvt mcm ni ...:)

Jna marcello said...

MALAYSIA PUN PATUT ADE MCMNI ;)

Remy hazza said...

kat malaysia pun kena sama bersenam.....

Denaihati said...

lebih 100kg memang berat sangatlah kecuali memang badan besar n ada stamina.

DIARI FARISHA said...

bagus! senang kejar pnjenayah