Header Ads

Anjing pandu kereta di litar lumba

hanifidrus
Dua ekor anjing terlatih memandu sebuah kereta yang diubah suai di sebuah litar perlumbaan di Auckland, New Zealand semalam.

Kedua-dua ekor anjing itu yang bernama Monty dan Porter lulus ujian memandu manakala aksi haiwan tersebut disiarkan menerusi televisyen.

Tujuan aksi tersebut disiarkan adalah untuk meningkatkan minat orang ramai supaya menjadikan anjing dari rumah-rumah perlindungan sebagai haiwan peliharaan. Dua ekor haiwan itu merupakan sekumpulan anjing penyelamat dari Auckland yang diajar untuk memandu kereta.

Rakaman anjing-anjing itu belajar memandu mencetuskan sensasi di internet sebelum ini. Beberapa klip video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan memandu telah ditonton lebih 700,000 kali di laman YouTube setakat ini.

Dalam ujian memandu itu, Monty memandu sebuah kereta Mini yang telah diubah suai di sepanjang laluan yang lurus. "Semuanya dilakukan sendiri oleh anjing jantan itu," kata jurulatih haiwan, Mark Vette ketika Monty memandu kereta tersebut di sepanjang litar berkenaan.

Menurut Vette, anjing itu menghidupkan enjin, meletakkan satu kakinya di brek untuk menolak gear dan memandu kereta berkenaan. Papan pemuka kereta itu diubah suai dengan dilengkapi pedal minyak dan brek.

10 comments

Mira Adzlia said...

pandai je dia..hihi

Lelaki Ini said...

cute!

Cikgu Ma said...

nak suh kambing bawak kete...haha

Nur Fahz said...

Wow dasyat zaman la nie ek.Anjing pun mampu drive nie.betul2 maju dunia sekarang.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

boleh macam tu..hehe..bijak anjing ni.. :)

wantie said...

ni kalau dorang bawak di jalan raya pas tu accident. boleh claim insurance tak ? hehehe..

anjing kena isi form la pulak.

ayut said...

klu dijar menjadi ajer... :)

Remy hazza said...

anjing juga punya akal..... cuma kena perlu diajar.....

hainom OKje said...

Biar betul Nep.... takkanlah...

maestro amad said...

macam gila tak betul.tp mmg anjing tu Fail sbnrnye.dlm the star 2,3 hari lps ade laporkan.tujuan latihan utk bantu polis sbnrnye. =D