hanifidrus
Salam satu blogger. Pernah tak kau order Pizza melalui telepon? Aku pernah!!!!!
Kalau anda kata nak kata aku jakun..aku tak kisah....hihihihi. Sebab aku memang jakun!!!!!
Pertama kali nak order, puas aku dengan bini aku bertekak....siapa yang patut telefon.
Ini semua bini aku punya hal...dapat pamplet Pizza Domino dah gatal nak order. Padahal dah janji..malam tak mahu makan. Kononnya nak diet!!!!!..hihihihihi.

Perbualan hendak men order Pizza dimulakan apabila bini aku suruh aku telepon.
Aku berkata" Lin, telepon ler. Malas abg nak telepon"
Bini aku jawab" Abg ler telepon, nanti Lin belanja"
Aku jawab" Malas ler.... kata nak diet!!!" sambil mengetik komputer tengah blogwalking.
Bini aku jawab" Lin takut gugup kalau dia speaking.."
Aku tersengih dan berkata" Kalau dia speaking, Lin cakap bahasa Melayu. Ini negara Malaysia" aku berhujah keras!!!!
" Meh!!! Abg telepon!!! Lihat dan belajar"
Bini aku tersengih...nyampah aku.

Teknik order Pizza, dimulakan.
Aku mula menelepon.
Aku terdengar deringan..dan ganggang diambil.
" Hello, Welcome to Domino Pizza. I,m Rizal..can I help u".
Aku menjawab" Selamat malam, saya nak order"
Rizal si Domino menjawab" Boleh encik, nak order apa"
Aku baca ler nama burger, yang tertulis di pamplet tersebut.
So si Rizal tu beritahu, pizza tu hanya untuk order online ajer.
Okey!!!! Sudah ada masalah.
Lalu aku tanya" Apa yang paling best kat Domino"
Si Rizal Domino jawab" Kalau saya suka America Pizza dan Beanzy Pizza"
Aku cakap" Baiklah sama amik!!!"

Dan perbualan diteruskan dengan order tambahan ayam nugget, garlic bread dan tah apa-apa"
Disebabkan pertama kali order, so si Rizal Domino minta no telepon dan alamat rumah. Kemudian dia telepon balik untuk pengesahan...
Si Rizal Domino" Encik, semua berharga RM60.40." Dalam 30 minit kami sampai. Kalau lewat kami kasi kupon"
Selepas meletak ganggang telepon, bini aku bercakap" Apasal order macam-macam, kat pamplet tu kata RM 25 ajer"
Aku kata" First time telepon, abg nak cakap apa"
Tak per..nanti abg bayaq."

Moral cerita ni, dah ler aku telepon....kena marah lagi dan kena bayar lagi!!
Inilah pompuan...