Header Ads

Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas

hanifidrus
Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi.

di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.
Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.

"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter.

Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji.

Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.
Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit.

5 comments

baby comel said...

Perggh, hebat betul mereka ni.. ada je idea eh.. ish, hebat hebat

Remy hazza said...

teringin nak rasai pengalaman tu...tapi mission imposible! he3

wantie said...

jgn jadi projek gajah putih dah le.

ayut said...

kecik2x dia bercita2x besar...cane la nnt bentuk ye..huhu

hainom OKje said...

Boleh ke? roket pun payah nak naik! he..he.. tak sempat naik kang meletop!