Header Ads

Bekas PM Thai didakwa bunuh pemandu teksi

Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva didakwa atas kes pembunuhan pemandu teksi yang mati ditembak askarnya semasa keganasan politik dua tahun lalu.

Abhisit menjadi perdana menteri semasa beribu-ribu penunjuk perasaan membuat demonstrasi jalanan pada tahun 2010 menuntut beliau supaya meletak jawatan.

Beliau dikatakan memberi perintah dengan membenarkan tentera menggunakan peluru hidup ke atas penunjuk perasaan.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dakwaan ke atasnya hanya bermotifkan politik.

Lebih 90 orang awam dan tentera terbunuh dalam bantahan yang berlangsung selama dua bulan itu.

Abhisit dan timbalannya pada masa itu, Suthep Thaugsuban merupakan bekas pemimpin kanan negara yang menghadapi tuduhan berkaitan dengan pembunuhan.

Bekas pemimpin negara itu bagaimanapun mempertahankan tindakan yang diambilnya satu ketika dulu dan mendakwa beliau tiada pilihan lain untuk meredakan penunjuk perasaan.

Beliau juga bertekad untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Seramai 24 orang pemimpin juga didakwa berhubung kejadian itu.

3 comments

Remy hazza said...

memang patut pun....salah guna kuasa.....

hainom OKje said...

Bila kuasa dah jadi raja ....manusia lupa dirilah....

Che Rosliza Che Mat said...

salah guna kuasalah tue...