Header Ads

Belum jalan dah pandai berenang

hanifidrus
Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal.

Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan.

Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang. “Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.

 “Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah. “Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya.

Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum. Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu. “Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte

9 comments

hainom OKje said...

Yang luar biasa banyaknya anak omputeh...org melayu tak de ke Nep!

Saya Disini said...

hebatnye

dya bunga said...

kecik2 dh pandai berenang..dya pun xreti berenang.haha

wantie said...

amazing. kalau orang melayu mesti ckp. jgn bagi babay main air sangat. takut paru paru masuk air.

tapi dorang ni rilek je kan..

afifudinsohaini said...

hebakk bebeno...baby bby bawah 2 tahun xsilap memang boleh terapung terus kan kalau letak dalam air..

Remy hazza said...

baby kan dah biasa duduk dlm cecair.......semasa dlm kandungan......
tapi berita nie memang hebat.....

ayut said...

kelebihan dia...bgusnya..nnt ada ank nk ajar jgk berenang...

Che Rosliza Che Mat said...

memang hebat...

hnahdy said...

huh jgn xpandai berjalan sudah la.. kang xpasal2 kena buat sungai dari rumah ke sekolah :P