2012 Tahunku Yang Kacak

Salam satu Blogger. Tempoh hari ada satu perbincangan secar santai dengan salah seorang rakan tentang dunia fotografi ini. Kawan aku ini memang tahu hobi aku ini mengambil gambar. Tapi pandainya tak juga!!!..heheheheh.

So dia tanya aku macam mana nak pandai mengambil gambar ini. Aku kata setiap ilmu itu haruslah ada guru samada kau research dari sumber-sumber tertentu dan kemudian berguru dengan cara yang betul. Cara berguru terdapat pelbagai cara, sudah tentu kita tak mampu nak membayar kos  yang tinggi  untuk bidang fotografi ini. Apatah lagi bidang ini hanya untuk suka-suka sahaja. Dahlah lensa dan kamera mengambil kira kos yang tinggi. Lagipun macam aku ni yang bekerja, mungkin masa mencemburui aku untuk maintain kelas-kelas fotografi ini.

So aku kata joinlah outing-outing fotografi yang dianjurkan. Seperti sessi ambil gambar model atau seni landskap kita join. Join apa sahaja aktiviti yang diadakan. Dari situ akan ujudlah satu team fotografi yang membolehkan kita belajar dan menceduk ilmu dari mereka. Setahu aku, selama yang aku  join group-group ini mereka semua tak pernah lagi kedekut ilmu..

Member aku kata, apabila kau join aktiviti sebegini bermakna kau mesti mempunyai model kan?
Ya..aku akui dan aku menambah biasanya kalau bayaran model ini 2 jam dalam RM150 - RM200 bergantung pada model itu sendiri.

So member aku tanya lagi, so kau orang berami-ramai ler mengambil gambar model tersebut mengikut arahan yang kau orang berikan?
Ya....sebab kami bayar so dia kena ler ikut style yang kami berikan..

Member aku bertanya lagi, maka kau melihat aurat model tersebut kan? Bukankah secara tak langsung kau bersubahat dalam maksiat ini?
Aku mendiamkan diri. Pada mulanya aku hendak marah tetapi bila difikirkan apa yang dikatakan oleh kawan aku ini ada benarnya...

Satu persoalan yang tidak terpikir dibenak aku selama ini. Memang benar sekali. Kalau nak dikutkan 90% gambar model yang diambil biasanya memang seksi ler. Tapi pada masa itu niat kami bukanlah pada nafsu tapi atas nilai seni fotografi ketika itu. Memang dalam hati ada terdetik  "lawanya model ini".

Tapi pada masa yang sama kita membenarkan pelakuan tersebut kerana terdapat demand dari ahli-ahli fotografi yang sering membuat outing...
Dan pada masa yang sama kita menghalalkan kelakuan tersebut padahal pada khususnya ianya salah sama sekali...

Ini cabaran sebagai pengetik gambar sebenarnya yek....
Dan nasib baik aku suka ambil gambar-gambar abstrak, gambar semut, kucing, ikan..... hehehehehehehe.