Perkara Biasa Yang Dibuat Sebagai Blogger Baru. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Perkara Biasa Yang Dibuat Sebagai Blogger Baru.

2012 Tahunku Yang kacak
Salam satu Blogger. hari ini nak cerita tentang kehidupan sebagai blogger baru.
Sebenarnya blogger baru ini terbahagi dua iaitu yang benar-benar tak tahu tentang blog dan memang tahu tentang blog.

Kalau yang benar-benar tahu tentang blog aku rasa ia tak menghadapi masalah dalam menguruskan blog mereka, apatah lagi mereka mempunyai rakan-rakan yang sudah mempunyai blog. Sudah tentu ilmu blog mereka akan lebih cepat dari rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini.

Tapi aku tak mahu bercerita tentang mereka yang memang dah faham tentang blog. Aku nak cerita tentang mereka yang langsung tak tahu tentang blog...hehehhehe
Contoh terbaik ialah aku...hahahhaha

Aktif selepas setahun
Bermula pada tahun 2010 tapi mula aktif pada tahun 2011, ini disebabkan proses pembelajaran yang panjang untuk memahami apabende tu blog..heheheheh.
Masalah pertama ialah masa kau nak taip blog, tetiba ada ayat HTML kat tepi tu...
Lepas tu bila kau dah taip, perenggan dan saiz pula bermacam-macam,,,ehehhehe
Belum lagi time nak masuk gambar...terkial-kial....
Belum campur saiz tulisan kau yang kecik-kecik atau terlalu besar dan font yang senget-senget.

Menulis hal peribadi
That normal. Bila baru berblogging perkara pertama yang kau nak tulis ialah kisah kau atau pendirian kau. Kau akan menulis entri-entri yang mengantukkan mata pembaca tapi untuk kau kepuasan.
By the way, blog adalah pencetus pemikiran kita, so untuk aku no problem!!!

Pasang widget yang bukan-bukan
Perkara yang sangat normal!!!! Sebab utama ialah blog kamu kosong dan tak tahu nak letak apa. So letak ler kalender atau widget tikus kejar bola...hehehehehe.
Tapi terlupa nak pasang recent post, popular post widget..hahahha

Background Templates yang bombastik
Background tu kalau boleh kau nak letak yang berwarna warni hingga sudah orang nak baca entri kau. Semua templates kau nak mengatal nak cuba.

Usik-Mengusik Templates HTML
Ini adalah terlalu biasa. Kononnya nak belajar dan apabila kau baca blogger lain tulis coding dan kau nak masukkan dalam HTML kau. Apalagi kau klik Expand Widget Templates, masukkan coding yang kau copy dan bermulalah mimpi ngeri kau!!!!

Ada banyak blog 
Perkara biasa juga. Kau fikir kau nak buat satu blog lagi untuk spesifikasikan konsep blog kau. Akhirnya kau tak mampu nak handle semua blog-blog kau....termasuk blog utama kau.

Bosan dan Bosan
Ini lagi amat normal. Tiada pembaca dan komen , padahal kau berkerut dahi nak buat entri tapi tak der orang baca. Mulalah datang bosan kau!!!
Kadang-kadang buat entri dan akhirnya kau dah malas nak berblog atau kau buat blog baru..ehehhee

Nama blog yang pelik
Inipun satu hal juga. Kasi nama blog kau yang pelik-pelik hingga orang pun tak ingat nama blog kau. kadang-kadang gabungan nama yang bombastik...hahahahahaha

Nak kawan dengan blogger femes
Ni pun normal....hehehhehe. Terus kau add blogger femes jadi kawan kau dan paling tragis kau letak di dalam bloglist kau sebagai idola.
Terlupa nak berkawan dengan rakan-rakan blogger yang lain....

Dan banyak lagi seperti susunan layout, sidebar, header yang besar bagak dan lain-lain..

Dan semua ini aku pernah buat...hahahahahhaha.
Hingga kini HTML aku dah rosak teruk...kalu tak memang dah PR4 aku sekarang ni...kikikiki
So mana-mana blogger baru, jangan bimbang dan jangan risau kalau anda buat semua kesalahan ini.  Ini semua adalah perkara normal dalam peringkat-peringkat pembelajaran sebagai blogger.

Dan sebenarnya ramai blogger bermula secara serius selepas 2 tahun berblogging!!!!
Bukan 2 hari atau 2 minggu!!! Tapi 2 tahun......

So kalau anda rasa anda dalam kategori ini , anda berada di jalan yang benar kerana proses pembelajaran untuk blogging ini sebegitu caranya. Apatah lagi tiada cikgu yang mengajar kita.....

Memang payah sangat nak melalui proses pembelajaran ini.
Anda perlu melalui peringkat ini.....?











26 comments:

Orga said...

memang sangat betul, ahaha...aku dulu pun masa awal-awal,memang macam-macam widget letak. now dah banyak belajar, tapi masih lagi dalam ktgr mentah...

Fendy said...

memang aku lakukan...haha

Syamil Ramli said...

heh..aku pun dh buat bende yg last skali tu..aku berkawan dgn blogger femes gak..hehehe..dan blogger tu pon slalu komen kat blog aku..trimas bro..

ros_reeza said...

itu semua asam garam dalam berblog, kan :)

Mar Haini Abdul Rahim said...

jangan risau anda berada di jalan yang benar.. hahaha fuhh lega ! :D kre poses blaja la kan ^^

UmmiSyarni said...

nak kawan ngn blogger femes yg tak tahan tu.huhu...tp semua yg dinyatakan adalah benar sama skali :p

Mohd Lokman Bin Ramli said...

saya tengah melalui saat ini.. hehe..

LiNda said...

mule2 buat blog, rase nk menangis bile nan hado idea nk menulis..tp so far, Alhamdulillah da boleh improve sikit2 :)

dya bunga said...

dya juga pernah hampir hilang blog gara2 edit blog sendiri..hahaha

izan mama mia said...

best entry..hahaha...suka sbb ada gak yg saya buat camtu..

Remy hazza said...

he3...bab usik mengusik tu memang remy tak berani....takut terkena mimpi nyeri...nak ubah apa apa...biarlah yg pakar..... saye sremy ckp...remy buta dlm dunia blogging nie...... belajar sikit2....

Wana Owen said...

Saya pun bnyk bereksperimen time memula dulu.at last,ch0ose to be with a simple blog je.:D

yana aina said...

setuju !! yana dh ada blog dr thn 2010. tapi baru berani usik blog awal thn nie ... hehehh

Hahazirah Througheart ∞ said...

singgah sini~ ^^

afifudinsohaini said...

aku pun buat jugak..haha

wantie said...

tersangat la betul. dok pasang widget yg bukan bukan. tu yang kekadang malas nak jengah.

nak klik itu terklik widget. blog jadi semak.

sampai konpius mana satu entry mana satu widget. hahaha...

tapi blog ni best sebab plain dan selesa nak lepak. bukan puji tapi kenyataan.

Haryati Faizal said...

setuju jugak ngan apa yg hanif kate tu...

Raudzah Zahari said...

He..he..betul tu nif..especially part HTML tu, memang zero tapi nak cuba macam--macam..bla jadi pelik-pelik mulalah glabah...

intan akma said...

banyak nye yang terkene :)

myfreeminded said...

so aku tersengih sorang2 bila baca N3 ni.. sebab memang benar pun, especially tang add org yg femes tu.. haha.. pengajaran utama tu, apa yang penting, saya akan keep on learning... biarpun baru merangkak..

m'rie r'nie said...

Yang last tu tak bleh bla...haha..kebanyakkan blogger famous ni kadang2 pilih bulu gak nak berkawan dengan blogger2 baru macam saya ni. kadang2 tu kita dok komen kat blog depa..and berharap ar depa datang blog kita. tapi haram jadah depa tak datang pun. tapi tu dulu ar. sekarang dah tak amek port pun pasal tu. berkawan jer la dengan mana2 blogger yang sudi..yg tak sudi tu lantak pi depa lah kan.

Danial Abdul Rahim said...

Kalau template susunan nya baik maka carian akan suka pada blog kita. Nak susun template mudah saja kalau tahu HTML le. Kalau yg tak tau tu macam mana pula. Kenalah rajin2 belajar :D

Terima kasih tuan kerana sudi meninggalkan komen di blog saya iaitu, danialde4.blogspot.com

Salam perkenalan daripada saya. Bloggger baru ^_^

amranaiman said...

serius sy seorang newbie.. ooo ni yg diorg selalu buat ek.. biasa prsn.. sy dh follow sila follow sy balik hehhe :P

Nurul Faiz said...

terkena batang hidung sendiri la pulak. huehuehue...

hainom OKje said...

Suka betul yang tak de org komen tuuu...hu..hu... mcm terasa-rasa je...

zailisyam said...

huhuhu..memang betull..sy pernah lalui...singgah la blog sy...memang tkde yg komen..kosong ..berhabuk giler