Bongkah ais lebih besar dari AS cair

Salam Satu Blogger. Bahaya ini ais semakin cair.Bila ais cair bermakna paras air laut akan naik dan daratan akan semakin mengecil...huhuhuhuuh

Bongkas ais di Lautan Artik yang didakwa berukuran lebih besar dari saiz Amerika Syarikat dilaporkan mencair pada tahun ini, menurut laporan agensi cuaca di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) itu dibentangkan semasa mesyuarat perubahan iklim PBB di ibu negara Qatar.

Setiusaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, ais di Lautan Artik semakin mencair berikutan perubahan cuaca yang melampau sepanjang tahun.

Perubahan iklim ini dijangka berterusan akibat pembebasan gas rumah hijau yang  meningkat secara mendadak pada setiap tahun.

Share:

5 comments