Header Ads

Gaji gabenor RM203,000

hanifidrus
Satu kajian Forum Indonesia untuk Ketelusan Belanjawan (FITRA) mendapati, Gabenor Jawa Timur, Soekarwo, merupakan pegawai kerajaan tempatan memperoleh pendapatan paling tinggi tahun ini, iaitu Rp642.36 juta (RM203,796) sebulan.

Pemerhati belanjawan itu berkata, selepas Soekarwo, dua lagi gabenor; Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan, memperoleh pendapatan Rp603.42 juta (RM191, 584) sebulan dan Gabenor Jawa Tengah, Bibit Waluyo pula menerima Rp438.09 juta (RM139,098) sebulan.

Gabenor Awang Faroek Ishak untuk Kalimantan Timur, wilayah yang kaya dengan hasil bumi, mendapat tempat keempat dengan pendapatan Rp344.08 juta (RM109,249) sebulan, manakala Gabenor Sumatera Utara, Gatot Pujo Nugroho di tempat kelima dengan pendapatan Rp327.25 (RM103,901) sebulan.

Pengkaji FITRA, M Maulana berkata, Gabenor Jakarta, Joko ‘Jokowi’ Widodo yang mempunyai pendapatan Rp1.2 bilion (RM381, 008) sebulan, tidak layak untuk senarai status pengurusan pentadbiran istimewa Jakarta. Kelima-lima gabenor itu menerima purata pendapatan Rp 5.65 bilion (RM1.8 juta) dari belanjawan negara tahun ini.

Menurut data Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar Perkapita Indonesia adalah pada Rp33.67 juta (RM10,683) tahun lalu. Maulana berkata, angka gaji itu menunjukkan kemajuan ekonomi tempatan. Menurut Peraturan Kerajaan dan Dikri Presiden, setiap gabenor menerima gaji tetap Rp8.4 juta (RM2,666) sebulan.

Namun begitu, gabenor boleh menerima pendapatan tinggi hasil daripada insentif dan elaun operasi. Undang-undang menetapkan elaun operasi dibayar berdasar pendapatan tempatan (PAD). Satu lagi cara pengiraan adalah, gabenor di wilayah yang menerima pendapatan lebih daripada Rp500 bilion (RM1.6 juta) dibolehkan menerima elaun operasi Rp1.25 bilion (RM396,872) atau 0.15 peratus daripada pendapatan wilayah. Penyelaras FITRA, Uchok Sky Khadafi berkata, cara sama digunakan untuk mengira elaun lain

5 comments

Remy hazza said...

fakta menarik.....
lagipun duit malaysia byk mengalir kesana juga....

wantie said...

tu dia. banyak giler gaji dia. rakyat dia gak yang dok dapatupah sikit. agak agaknya le kalau 50% dia bagi kat rakyat dia. still boleh cakap dia kayooooooooooooo

wantie said...

lupa nak tanya. PM kita gaji berapa ek? nak jugak tahu.

ayut said...

amek..punye byk gaji gabenor...pusing2x duit situ jela...

hainom OKje said...

Bestnya kalau laki gaji banyak tu... tapi tengok jelah tensionnya macamana!