Header Ads

Gambar Bumi pada waktu malam

hanifidrus
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968. Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam. Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.

Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.

"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini

9 comments

wantie said...

Gelap je bumi. Sy tengah tido kot masa gambar ni di rakam

shaiful zaidi said...

Masya Allah

boni kacak said...

indahnya ciptaan Allah :)

Remy hazza said...

indahnya bumi bercahaya diwaktu malam.....

Belalang hijau Perisik said...

gambar ni rakaman tahun 1968 ke? dasat ek

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Masya'allah..
Indah betul ciptaan Allah.

Kathy Rbain said...

info bergyna...blog hanif idrus memang banyak informasi..terbaekk...

Che Rosliza Che Mat said...

Masya Allah...Hebatkan ciptaan Allah..

hainom OKje said...

Subhanallah......