Kanak-kanak sambut hari jadi ke-12 jam 12.12 pagi - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kanak-kanak sambut hari jadi ke-12 jam 12.12 pagi

hanifidrus
Ramai yang merancang mengikat tali perkahwinan pada tarikh keramat 12-12-12 dan ibu-ibu mengandung juga berhasrat untuk melahirkan anak pada hari ini.

Tetapi bagi kanak-kanak lelaki, Kiam Moriya boleh dikatakan beruntung kerana dapat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-12 hari ini pada jam 12.12 tengah malam waktu tempatan yang hanya wujud 100 tahun sekali.

Moriya dilahirkan di New York pada 12 Disember 2000 pada jam 0:12 bermakna dia menyambut hari lahirnya pada hari ini tepat jam 12.12 tengah malam.

“Bila saya menyambut hari lahir saya yang ke-12, tiada apa-apa yang bakal berlaku melainkan  umur saya saja yang akan berubah,” katanya.

Moriya juga menyatakan hasrat untuk menyambut hari lahirnya dengan donat Krispy Kreme yang dibentuk dengan angka 12 simbolik hari lahirnya.

Ramai di seluruh dunia menjadikan hari ini sebagai detik bersejarah mereka.
Banyak pasangan di seluruh  dunia tertarik dengan angka 12-12-12 untuk melangsungkan perkahwinan dan ada sesetengahnya menganggap hari ini sebagai bertuah bagi menjamin perkahwinan yang bahagia.

Tarikh seperti 10-10-10 dan 11-11-11 juga dilihat tarikh yang cantik untuk melangsungkan perkahwinan tetapi hari ini, 12-12-12 dilihat sebagai angka yang menandakan cinta.

5 comments:

Remy hazza said...

angka istimewa utk budak tu.......

wantie said...

huhuhu... tapi kan, pada tanggal 09.09.09 saya pulak alami kisah sedih...

sampai hari ni tak leh lupa. sebab tarikh tu akan sentiasa remind saya.

vidalsisah said...

Tarikh yg cantik utk buat sesuatu yg penting yg xkan kita jumpa lg dah, betul tak?

hainom OKje said...

Tak ada kenangan apa apa pun....hu..hu...

Che Rosliza Che Mat said...

memang cantik tarikh tue..