2012 Tahunku Yang Kacak
Salam Satu Blogger. Hari ini nak cerita tentang isu panas blog percuma yang di war-warkan oleh semua rakan blogger terkini. Iaitu dot.my.
Aku pun tak terkecuali yang begitu excited tentang benda ini...heheheheh
Hinggalah aku telah join satu segmen yang dianjurkan oleh blogger coklateyes yang memberi tunjuak ajar bagaimana nak ambil domain baru ini.

Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal domain baru ini. Ianya di bawah kelolaan MOSTI yang memberi tawaran percuma kepada semua blogger yang inginkan blog baru percuma selama setahun. Pada dasarnya ianya bernilai RM200 tetapi promosi ini anda hanya perlu membayar RM20 setahun selepas tamat tempoh promosi setahun percuma.

Manakala domain yang digunakan ialah dot.my berbeza dengan domain-domain blogger gunakan iaitu dot.com.
Pada dasarnya tidak berbeza kerana dalam dunia SEO ini website yang power ialah bertemakan wordpress dan juga mempunyai URL yang pendek.
Sebagai contoh:
http://hanifidrus.blogspot.com dengan http://hanif.my ----maka ianya lebih mesra SEO URL yang pendek.
Dan satu dunia tahu wordpress is the best kerana mempunyai add on yang mesra SEO.

Oleh itu samada anda guna dot.my atau dot.com ianya sama sahaja.
Tetapi dari segi psikologi pula, masyarakat dunia web sudah lama terbiasa dengan dot.com. Dalam kepala mereka kalau guna dot.com memang best !!! Dan ianya menjadi pelik kalau anda lihat blogger menggunakan dot.net dan yang terkini dot.my...hehehehhe. Betul tak?

Tapi pada asasnya, saya merasakan ini adalah peluang yang terbaik untuk kita mempelajari bagaimana mengguna domain sendiri.
Dari situ kita dapat bereksperimen menggunakan pelbagai aplikasi yang baru.
Dan  jika templates blog dot.my anda tidak rosak semasa proses pembelajaran ini maka teruskan...
Jika hancur dan sudah tentu anda akan dapat sedikit ilmu semasa menghancurkan templates dot.my --so anda mempunyai keyakinan untuk domain baru yang lain.

Tapi ingat apabila menggunakan domain sendiri anda hadapi dua masalah iaiatu bandwidth dan hotlinking.

Untuk pengetahuan aku dah daftar dengan dot.my..hehehehhehehe.
Tapi masih berfikir nak transfer semua blog aku ke sana....sebab nanti rosak PR aku dan Alexa aku.
Dan paling penting aku dah macam baby baru...kena start dari awal..huhuhuhuhuu
Kalau berminat nak domain ini jom terjah entri blogger coklateyes ini.-Dia ada ajau macam mana nak buat website dot.my----KLIK SINI.
Tapi beritahu dia yek...