hanifidrus

Dragon Ball!!! Salam Satu Blogger. Ingatkah kamu dahulu Dragon Ball yang disiarkan di TV2 menjadi kegilaan seluruh rakyat terutama sang lelaki
tidak mengira suami, abang, adik anda. Ianya disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad di TV2.
Dan aku merupakan salah satu penonton Dragon Ball ini sehingga penamat
ceritanya hinggakan aku pernah membeli koleksi Dragon Ball dari siri 1 hingga 43. Gila aku kan...hehehehehe
Tapi aku rasa pada masa itu semua penduduk Malaysia memang gilakan kartun ini.

Kalau tak salah aku siri kartun ini disiarkan dalam tahun 1997 ler. Memang cukup lama kenangan itu tapi aku rasa jika sesiapa yang mempunyai abang, ayah atau suami mesti pening kepala melihat kegilaan tersebut pada ketika itu. Rata-rata seluruh rakyat Malaysia tidak mengira umur sanggup bangun pagi semata-mata nak menonton siri kartun ini.

Hinggakan si isteri yang hendak pergi ke pasar terpaksa mengalah membenarkan suami atau anak mereka menonton kartun ini terlebih dahulu.
Kenangan itulah hingga kini masih menjadi perbualan generasi TV2 ini yang masih bercerita tentang kehebatan kartun ini.

Walau pun ia tidak sehebat Doraemon tapi taringnya memang cukup tajam. Kebanyakan pembaca blogger Hanif Idrus ini semua muda-muda dan cantik-cantik belaka dan rasanya tidak ketahui kegilaan pada tahun-tahun tersebut. Rasanya 2 tahun cerita ini disiarkan di TV2.

Sesekali mengimbas kembali cerita kartun kegemaran aku dengan kuasa bebola dia melayan pelbagai musuh dari kaun Saiya, Pikor dan pelakon utama Naga 7 bintang.... Padahal aku memang suka cerita kartun pun...hehehehehhehehe.
Walau pun umur masih meningkat tapi aku rasa semua rakan -rakan blogger aku masih suka tengok cerita kartun kan...kikikikiki.