Keyword Tetinggi 2012 Di Malaysia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Keyword Tetinggi 2012 Di Malaysia

hanifidrus
Google mengeluarkan senarai Zeitgeist tahunan bagi Malaysia hari ini yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai minat yang berbeza-beza dengan carian 2012 terdiri daripada laman web membeli belah, siri TV, perjudian dalam talian hinggalah kepada lagu-lagu pop Korea.

Google dalam satu kenyataan berkata senarai itu menunjukkan gambaran unik pencari-pencari di Malaysia yang melayari peristiwa utama, saat-saat yang tidak dapat dilupakan dan aliran-aliran terkini yang menarik minat negara sepanjang tahun.

Whitney Houston, penyanyi, pelakon, penerbit dan model popular dari Amerika merupakan carian "pertanyaan trending paling utama global" tahun ini manakala muzik video "Gangnam Style" PSY penyanyi rap Korea menduduki tangga kedua.
Video penyanyi Korea terkenal itu kini ditonton hampir satu bilion di YouTube.

Bagi siri TV pula, rakyat Malaysia jelas menggemari cerita kanak-kanak animasi 3D --Upin & Ipin, Boboiboy dan Ultraman 2012 -- di mana ia merupakan program TV paling banyak dicari tahun ini.
Penggemar teknologi pula mempunyai beraneka jenis gajet canggih yang sentiasa menjadi carian utama mereka di mana empat yang paling popular ialah Samsung Galaxy S3, iPad 3, iPad Mini dan Samsung Galaxy Note 2.

Apabila menggunakan Google dengan soalan berkaitan teknologi, rakyat Malaysia akan bertanya " “What is…” untuk mencari lebih lanjut mengenai ‘Gangnam’, ‘Instagram’, dan ‘Love’ dan mereka juga mencari carian imej untuk diposkan di laman web sosial seperti ‘Happy Birthday’, ‘Love Quotes’ dan Bunga Ros.

Sementara itu, penyanyi tempatan Shila Amzah, yang menjadi juara Asian Wave 2012, pertandingan televisyen di China menerajui senarai "orang paling menonjol yang dicari" yang termasuk Amanda Todd, remaja dari Kanada yang ditemui mati akibat membunuh diri pada Oktober selepas dibuli dalam talian.

Pemain badminton tersohor negara yang juga pemenang pingat perak Olimpik Datuk Lee Chong Wei menerajui senarai atlit paling dicari yang juga termasuk pemain bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo.

Bagi destinasi pelancongan, Legoland Malaysia merupakan yang paling utama dicari diikuti Sunway Lagoon, Singapura, Langkawi dan Camerons Highland.

Proton Preve juga tersenarai dalam senarai "trending" model kereta di tempat ketiga selepas Nissan Almera (tempat pertama) dan Toyota 86.

Jurucakap Google Zeffri Yusof berkata Google sering menjadi tempat pertama yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan sukan kegemaran mereka, mengejar berita terkini atau mencari perkara baharu dan orang.

“Seperti biasa, Zeitgeist akhir tahun merupakan pengukur budaya yang memberikan kami gambaran sebenar peristiwa-peristiwa besar, saat-saat yang tidak dilupakan dan trend terkini di Malaysia bagi 2012," katanya.

Manakala  menurut Zeitgeist lagi, carian utama di blog Hanif Idrus ialah 2012 Tahunku Yang Kacak. Kerana ia menepati kekacakan penulis tersebut ..hehehehehehehe. Tu tipu ler...hahahahahaa

9 comments:

diana said...

Hebat la shila amzah ni..

Maisarah Azmi said...

wah..info yang menarik..pelik kan? saya selalu jgk guna ayat what is...... untuk cari maklumat.. ayat yg pling simple. apa2 pun, semoga berjaya dalam contest seo tu ye.

Belalang hijau Perisik said...

untung siapa yang dapat tangkap semua keyword tu... huhuhu

hainom OKje said...

Hanif Idrus tak tersenarai ke?...he..he..

Mahamahu said...

Singgah mlm hari mencari kanw2 blogger nak meramaikan lagi kawn2 moga sihat selalu..

Remy hazza said...

kalau cari remyhazza tu...jauh panggang dari api...ha3.... memang tak tersenarai......
tapi 2012 tahun ku yg kacak... semakin hebat diperkatakan.....

miss kecoh said...

haha... x sangka abg hanif msuk senarai... kan...kikiki..sorry lama x bkunjung,, baru abis stpm,,yupee! pasni ari2 nk dtg sini..kenyiit..

Fazrol said...

Salam ziarah dan salam perkenalan...

wantie said...

best woo.. shila amzah. bila dia nyanyi lagu adel tu. memang superb. patut di google ok.