Header Ads

Kiamat Pada 21 December 2012.

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Ini lagi satu dakyah yang mengatakan kiamat akan berlaku pada hujung December ini. Dan hanya satu tempat sahaja yang selamat!!!!
Kadang-kadang pening aku melihat tingkah laku manusia ini !!!!!..hehehehhehehhe

Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi. Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, 'hari kiamat' akan berlaku pada 21 Disember depan.

Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut. Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul.

Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya. Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut.

Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu. Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang. Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan. Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21 Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan 'hari kiamat' berlaku .

6 comments

fatin amalina husna said...

wallahualam..=)

Remy hazza said...

Hanya Allah yg tahu bila tiba masanya.......

hainom OKje said...

Macam lawak pun ye jugak..he...he.... percaya jugak dgn kiamat diaorg ni, cuma akidah dia je terpesong, semoga dibukakan hidayah Allah buat mereka!

Mira Adzlia said...

hanya Allah saja yg tau ble kiamat..Nabi Muhammad SAW pun xtau hal tu..xkn la mnusia bese cm kita nih tau plak...ye dak

normi nieza said...

Hanya Allah yg tahu....

wantie said...

hehehe... mcm kelakor pun ada kan. bior le dorang punya kepercayaan.

Imanku masih kuat utk tidak percaya kepada perkara itu.