Lelaki seterika muka sangka telefon

hanifidrus

Salam Satu Blogger. Mamat ini memang memalukan semua lelaki di dunia ini apabila buat kerja rumah terseterika mukanya...hemmmmm

Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri. Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.

Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon. Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.

11 comments

dah mabuk ler tu..... iron dikata telephone... mcm ler tak reti nak beza....

hahhahha,..lucu.lucu,,.. jadi pelajaran tuh

hahaha... memang lawak. lawak yang membawa padahhhhhhhhhh...

lepas ni dia mesti respect gilerrrrrrrr kat wife dia sebab dalam melakukan kerja rumah yang berlambak lambak tu. wifenya dapat membezakan antara seterika dan telefon.

kahkahkah.....mau pulak dia tayang muka tu kat public

hahaha. lelaki mana biasa nak buat kerja multitasking, perempuan lainlah.

aduh... dia mmg xingat tu. dia pegang seterika

memang lawak lah ni.. apapun syukur dia tak seteruk mana, hingga terpaksa melakukan perbedahan

ni namanya noob...heheheh...buat malu jer...ekekekekee

ha...ha...sapa boleh lawan wanita beb!!