Luahan Sikap Anak Muda Sekarang

2012 Tahunku Yang Kacak
Salam Satu Blogger.  Bila membaca entri di atas pasti anak-anak muda terasa hati..hehehehehehe.
Tapi inilah kenyataan yang aku nak berkongsi bersama melalui pengalaman berbelas tahun aku menjaga pekerja ini.

Semua kerja susah tapi bila bekerja dengan sesuatu yang mempunyai perasaan lagi susah.
Mesin kalau buat hal, kita tendang pun dia tak marah...hahahahahaha.
Tapi takkan kalau salah seorang pekerja kau buat hal kau nak tendang, tak pasal-pasal kau kena lanyak, lagi-lagi kalau budak tu badan tough lak...huhhuuuh.

Senario pekerjaan terkini aku lihat anak-anak muda Malaysia ini kurang bertanggungjawab terutama dalam umur 21 hingga 25 tahun ini. Memang susah nak didik. Terutama bila melibatkan kedatangan. Asyik-asyik ponteng sahaja...

Dan senario ini aku lihat semakin teruk dari tahun ke tahun. Dahulu masa aku dan rakan-rakan mula bekerja, kami tak pernah pulang awal. Kalau kerja habis pukul 8.00pm, kami akan balik seawal-awal pun 8.30pm. Dan walau pun ketika itu aku sebagai supervisor, kalau kerja angkut material atau buat line tape tak pernah kami persoalkan.

Cuma lepas kahwin, kami dah susah nak beri komitmen tambahansepenuhnya pada tempat kerja. Kalau sekarang kau suruh angkut material 25kg tu pun aku rasa mahu semput perut aku...hahahahaha.

Sekarang ini, kalau dah pangkat techinician suruh buat kerja lebih pun dah mula mengomel, kata tak sesuai dengan pangkat mereka...huhuuhuhu.

Tanggungjawab pun amat kurang, baru-baru seorang technician aku asyik ponteng ajer. Aku kaunseling, kenapa ponteng?
Katanya motor rosak dan nak repair tak der duit. Terpaksa tumpang motor kawan.
Aku kata, naiklah bas company, kan bas lalu depan rumah kau. Aku boleh bincang dengfan HR untuk sementara benarkan kau naik bas atau van kilang.
Dia kata, bas datang awal sangat, susah nak bangun!!!

Aku pun diam dan kerana orang sebegini memang tak boleh diperbaiki lagi kerana jika ia mempunyai tanggung jawab pasti dia akan cari jalan datang kerja. Betul tak?
Dan kini kena terminated dan salahnya aku juga ler...Kerana tak bertimbangrasa.

Mungkin zaman sekarang dah berubah kot. Contoh negara Jepun dahulu, generasi terdahulu memang diakui dunia sebagai bangsa yang kuat bekerja dan mempunya idea yang tinggi. Dan kini pelbagai masalah telah timbul kerana generasi terkini agak lemah dan lebih kepada hiburan.
Ini disebabkan kemewahan negara itu sendiri telah mendidik rakyatnya berubah sedikit demi sedikit.....

Dan seperti Malaysia, kebanyakkan pemuda dan pemudi telah didik dalam kehidupan kalau tak mewah pun ianya 90% kehidupan sederhana. Susah nak jumpa rakyat Malaysia susah dan terpaksa bekerja keras untuk hidup kais petang makan petang.

Aku faham zaman semakin berubah, kalau nak bandingkan aku dengan zaman bapa aku. Bapa aku lagi kuat bekerja dan lagi kuat cerewetnya. Sampai kat anak dia iaiatu aku  dah turun 80%, sebab tak lalui zaman susah bapa aku dulu. Dan kini anak aku pula dimomokkan gadget dan ketenangan maka makin turun lagi..hehehehe.

Tapi aku tak kata 100% ...cuma segelintir besar yang sebegini. Aku sebenarnya risau melihat suasana sebegini kerana untuk membina negara yag maju memerlukan generasi muda yang kuat dan bekrja keras!!!



Share:

15 comments