Header Ads

Makan mayat rakan untuk hidup

2012 Tahunku Yang Kacak
Dua rakyat Russia yang diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup, lapor akhbar Isnin lalu.

Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan tidak menyenangkan di dunia.

Hanya dua daripada lelaki terbabit akhirnya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu dan penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin mengenai kanibalisme kian meningkat.

Dua lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa kanibalisme berlaku. “Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberi keterangan kanibalisme memang berlaku,” kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda. “Ia bukan pembunuhan.

“Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan dilaluinya,” katanya. Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin. “Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa linggu, lapor NVPress.ru

4 comments

Asmar Arafad said...

kalau dah lapaq cam tue la jadinya

boni kacak said...

sangat2 mengerikan... tak sanggup den nak bayangkan saat2 dan ketika detik dia tengah melapah daging kawannya.. adoiyai

Mimie Najib said...

eeiii..boleh pula mkan kawan..

Remy hazza said...

darurat...tapi sanggup ker?