Header Ads

Masjid untuk gay dibuka

Hanifidrus
Sesat !!
Masjid mesra gay dan lesbian pertama di Eropah mula dibuka semalam di pinggir timur Paris dan bakal mencabar tradisi aliran perdana Islam yang menentang hubungan seks sejenis.

 Masjid itu dibina dalam ruang kecil dalam sebuah rumah sami Buddha dan membenarkan pengunjung terdiri daripada gay dan lesbian duduk bersama ketika solat walaupun berlainan jantina.

 Pengasasnya Ludovic-Mohamed Zahed adalah aktivis gay Perancis Algeria yang didakwa mengamalkan ajaran Islam. Di masjid yang dilabel sebagai “masjid mesra gay” pertama di Eropah itu turut menggalakkan wanita menjadi imam solat Jumaat.

Ruang solat pula dibina daripada cermin dan menghadap sebuah taman yang dihiasi pelbagai simbol Buddha. Kata Zahed, 35, ia adalah masjid yang inklusif secara radikal dan menerima orang ramai seadanya.

 “Ada keperluan masjid ini dibuka kerana keahlian Muslim Homoseksual Perancis meningkat kepada 325 orang berbanding cuma enam orang ketika ia ditubuhkan dua tahun lalu,” katanya.

 Setakat ini masjid berkenaan hanya dibuka untuk solat Jumaat dan mula beroperasi ketika pemimpin pelbagai agama di Perancis mengemukakan petisyen membantah rancangan kerajaan Sosialis menghalalkan perkahwinan pasangan gay.

 Tiga lelaki gay dilantik menjadi imam di situ. Masjid berkenaan tidak disokong mana-mana institusi Islam rasmi dan kebanyakan imam menentang pembukaannya.

 Pegawai Majlis Muslim Perancis, Abdallah Zekri, berkata mereka sedar kewujudan komuniti gay beragama Islam tetapi membuka masjid khusus untuk mereka adalah keterlaluan. Rektor Masjid Paris, Dalil Boubakeur, berkata projek Zahed itu berada “di luar komuniti Islam Perancis.

SATU LAGI CABARAN UNTUK ISLAM.....

10 comments

Pancing Warisan said...

Astagfirullah..sedih dengan pemikiran org sekarang.semakin maju negara,semakin mundur pemahaman manusia..

akubiomed said...

Hilang akal apa? :-(

Engku Muzahadin said...

Sesat lagi menyesatkan...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

jauh terpesong...

boni kacak said...

satu lagi agenda untuk menimbulkan kemarahan umat Islam..

vidalsisah said...

Nauzubillah... moga Allah lindungi kturunan kita

siti fatimah said...

Nauzubillah.. apa kes dorang ni. tak yah la bagi nama masjid. bernanah telinga ni dengar nama masjid di eltakkan di tempat yang tidakj sepatutnya.

then , amalan dorang tu, ikut islam ke? pemikiran apa ni?

wanita di jadikan Imam solat jumaat?
semoga Allah beri mereka hidayah dan mencari kebenaran islam yg sebenar.

DIARI FARISHA said...

ape ke pelik beno..adui..masjid utk gay? dah jauh menyimpang

Remy hazza said...

dah tak betul pulak depa nie..... dulu suruh pompuan jadi imam...nie special masjid pulak..... harap2 sanagt depa semua kembali kepangkal jalan.....kesihan sebab depa tu mengamalkan islam....cuma tak beberapa betul caranya.....

hainom OKje said...

Tak masuk akal langsung! Cam ni pun ada!